Casio G-SHOCK MUDMAN GW-9500 - ciri kompas digital, paparan LCD negatif dwi-lapis

oleh Mohamad Hanif|
Casio bakal melancarkan produk terbaharu di bawah siri G-SHOCK Master of G, iaitu MUDMAN GW-9500 dengan ciri kalis habuk, lumpur dan air 20 bar.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia merupakan penambahan pertama dibuat pada siri MUDMAN selepas kehadiran model GW-9300 12 tahun yang lalu.

Untuk model MUDMAN GW-9500, ia kini menampilkan binaan yang lebih nipis, selain mudah untuk dipakai dan dibaca oleh pemakai.
 

GW-9500


Untuk menjadikan saiz keseluruhan yang lebih kompak (ketebalan 14.8 mm), Casio menggunakan struktur Carbon Core Guard yang lebih nipis, diikuti dengan potongan kristal yang lebih nipis di bahagian penghujung kaca.

Penggunaan paparan LCD negatif dwi-lapisan (pertama untuk sebuah G-SHOCK) membolehkan MUDMAN GW-9500 memaparkan informasi yang lebih menyeluruh, di mana lapisan atas menyediakan grafik kompas digital, sementara lapisan bawah pula memberikan bacaan pengukuran serta masa.

Sebuah jam tangan MUDMAN perlulah mempunyai binaan yang mampu menghalang kemasukan habuk, air dan juga lumpur.
 

GW-9500


Disebabkan itu, MUDMAN GW-9500 mempunyai rekaan butang fungsi yang mampu menghalang bendasing luar, selain melindungi komponen penting di dalam casis itu sendiri.

Saiz butang sisi juga sengaja direka bersaiz besar untuk memudahkan pemakai menekan dan mencari fungsi yang diinginkan sewaktu berada di kawasan yang mencabar.
 

GW-9500


Selain itu, MUDMAN GW-9500 turut didatangkan dengan ciri seperti penderia termometer, altimeter/barometer, sistem pencahayaan LED Super Illuminator, panel solar, kawalan frekuensi radio Multiband 6, waktu dunia (48 bandar), serta tidak ketinggalan fungsi kiraan masa menurun dan jam randik.

Komponen seperti casis, bezel dan tali jam urethane lembut itu diperbuat daripada bahan resin berasaskan bio bertujuan untuk mengurangkan impak terhadap alam sekitar.

Akhir sekali, penutup casis di bahagian belakang dihiasi dengan ukiran logo MUDMAN ikonik yang kini ditambah dengan simbol kompas.