Casio lancar G-SHOCK DW-5600PRE22 - kolaborasi dengan syarikat Thailand, harga RM615

oleh Mohamad Hanif|
Casio Computer Ltd dengan kerjasama pengeluar papan selaju Thailand Preduce Skateboards melancarkan jam tangan edisi khas bersempena dengan ulang tahun Preduce yang ke-20 yang disambut pada tahun 2022.

Ia menggunakan asas daripada jam tangan G-SHOCK DW-5600, di mana rekaan muka jam tersebut dihiasi dengan muka Thai Guardian Giant, diikuti dengan tema tiga warna Thailand (merah, kuning, hijau).
 

preduce


Menurut pengarah seni Preduce, Thun "TRK" Puchpen, beliau banyak mengambil inspirasi daripada lukisan karakter tradisional yang boleh didapati pada dinding kuil di sekitar Rattanakosin,Thailand.

Corak dan rekaan yang sama turut diaplikasikan pada kotak dan tin pembungkusan jam tangan DW-5600PRE22.
 

DW


G-SHOCK DW-5600PRE22 ini membawakan binaan casis dan tali jam resin yang mampu menawarkan keupayaan kalis hentakan dan kalis air sehingga 200 meter, fungsi jam randik dan kiraan masa menurun, sistem pencahayaan electro-luminescent, dan bateri yang mampu bertahan sehingga dua tahun.

Jam tangan G-SHOCK Preduce ini boleh didapati menerusi laman web https://www.casio.com/my/ pada harga jualan RM615.

 

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Dihadkan kepada 100 unit sahaja, kesemua jam tangan tersebut akan ditawarkan secara eksklusif…
Gaya Hidup
Luminox Master Carbon SEAL Automatic direka untuk menjadi sebuah jam tangan yang boleh dipercayai…
Gaya Hidup
Berita baik buat para peminat jam, kerana Hublot telah melancarkan jam tangan terbaharu jenis…