Casio lancar G-SHOCK Frogman MRG-BF1000E sempena ulang tahun ke-40, 700 unit terhad

oleh Mohamad Hanif|
Casio telah melancarkan model kedua MRG-BF1000 bersempena dengan dua sambutan ulang tahun, iaitu Frogman untuk tahun ke-30 dan juga G-SHOCK 40th Anniversary.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Model MRG-BF1000E-1A9 edisi terhad ini hanya ditawarkan sebanyak 700 unit untuk satu dunia, dengan membawakan ciri unik seperti tali getah Dura Soft berwarna kuning atau titanium hitam.
 

frogman


Konsep warna kuning tersebut diinspirasikan daripada model pertama Frogman DW-6300, sementara komponen mahkota, butang dan skru pula disaduri plat ion emas.

Sama seperti mana-mana jam Frogman, penutup bahagian belakang jam tangan ini diserikan dengan kristal nilam (sapphire) yang dikemaskan dengan pemendapan wap emas, selain menampilkan ukiran katak Frogman yang ikonik.
 

frgman


Sementara penunjuk indeks masa pula diberikan cat kuning phosphorescent untuk memudahkan pembacaan waktu terutama ketika di bawah permukaan air atau persekitaran gelap.

Selain daripada itu, casis dan bezel MRG-BF1000E menggunakan bahan titanium yang telah melalui proses pengerasan lapisan dalaman dan salutan DLC untuk rintangan lelasan yang lebih baik.
 

frogman


Sama seperti jam tangan menyelam Frogman yang lain, MRG-BF1000E mempunyai ketahanan kalis air sedalam 200 meter selain daripada ciri kalis gegaran dan juga medan magnetik ISO 764.

Fungsi lain yang dimuatkan termasuklah sistem Tough Solar, pelarasan waktu radio Multi-Band 6 automatik, waktu utama dunia (300 bandar), jam randik, kiraan waktu menurun, fungsi catatan data menyelam, graf pasang surut, sokongan Bluetooth serta aplikasi Casio Watches.
 

frogman


Seperti yang disebutkan tadi, hanya 700 unit sahaja jam tangan Frogman MRG-BF1000E yang akan ditawarkan, dan jam tangan ini boleh didapati bermula 7 Julai 2023 ini.

Sebagai makluman, harga jualan jam tangan MRG-BF1000E di Jepun bermula dari 770,000 yen (RM25,261).

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Casio pada asalnya mengeluarkan Casiotron pada tahun 1974, mencipta kejayaan dengan jam tangan…
Gaya Hidup
Casio G-SHOCK GMA-P2100W merupakan tambahan baharu kepada barisan kompak G-SHOCK GMA-P2100 yang…
Gaya Hidup
Casio Edifice ECB-2200HTR ini membawakan semangat Honda Type R menerusi pemilihan warna, bahan dan…