Casio lancar GM-2100MG-1ADR, 'jam bulan' pertama di Malaysia, harga dari RM1,299

oleh Mohamad Hanif|
Casio Malaysia baru-baru ini melancarkan sebuah lagi produk baharu yang disifatkan sebagai sebuah jam bulan, iaitu GM-2100MG-1ADR.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Dibangunkan menggunakan asas GM-2100, Jam Bulan ini menampilkan rekaan bezel logam berbentuk oktagon, dengan kemasan yang diinspirasikan daripada permukaan bulan, serta gilapan cermin di bahagian sisi.
 

bulan


Beberapa bahagian seperti bezel dan permukaan dial didatangkan dengan salutan ion emas untuk sentuhan yang lebih premium.

Elemen yang paling unik muncul pada jam GM-2100-MG-1ADR ini adalah ukiran kawah bulan yang ditonjolkan pada bahagian penutup belakang, diikuti dengan tekstur permukaan bulan pada bahagian dial.
 

bulan


Sebagai sebuah jam G-Shock, GM-2100-MG-1ADR Moon Watch ini turut mendapat ciri seperti tahan hentakan, 31 zon masa dunia, kalendar automatik, sistem penggera, pemasa undur dan juga jam randik.

Ia memiliki ketahanan kalis air sehingga 200 meter, dengan tempoh hayat bateri selama tiga tahun.

Jam bulan ini bakal mendarat di pasaran Malaysia pada bulan hadapan, dengan harga jualan bermula dari RM1,299.

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Casio pada asalnya mengeluarkan Casiotron pada tahun 1974, mencipta kejayaan dengan jam tangan…
Gaya Hidup
Casio G-SHOCK GMA-P2100W merupakan tambahan baharu kepada barisan kompak G-SHOCK GMA-P2100 yang…
Gaya Hidup
Casio Edifice ECB-2200HTR ini membawakan semangat Honda Type R menerusi pemilihan warna, bahan dan…