Casio MRG-B5000 - jam tangan MR-G pertama dengan rekaan ikonik, harga dari RM15,500

oleh Mohamad Hanif|
Siri jam tangan mercu Casio MR-G dimeriahkan dengan kehadiran model baharu MRG-B5000, jam tangan pertama MR-G yang menampilkan rekaan ikonik jam G-SHOCK pertama.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

MRG-B5000 ini membawakan rekaan penghormatan kepada DW-5000C, penampilan premium yang unggul dan tersendiri dengan penggunaan logam canggih yang dikemaskan dengan hasil gilapan pakar pada setiap satu komponen.
 

casio


Casio membangunkan komponen baharu yang dinamakan sebagai Multi-Guard Structure yang diperbuat daripada 25 komponen bezel yang berbeza, ditambah dengan komponen penyerap gegaran untuk ciri rintangan gegaran yang cemerlang.

Permukaan atas bezel jam ini diperbuat daripada bahan COBARION dengan tahap kekerasan empat kali lebih tinggi berbanding titanium tulen, namun dengan tahap kilauan yang sama cemerlang setanding dengan platinum.
 

MR-G


Sementara tali jam tangan pula dibina daripada bahan aloi titanium DAT55G dengan ciri tiga kali lebih keras berbanding titanium tulen, tahan calar dan kemasan cermin yang kekal lama.

Casio MRG-B5000 menawarkan fungsi seperti penentukuran kawalan radio, sambungan kepada peranti pintar menerusi aplikasi CASIO WATCHES untuk membetulkan masa secara automatik, waktu dunia, sistem pengecasan solar dan lampu LED yang cerah.
 

MR-G


Setiap satu jam tangan MRG-B5000 dipasang di Premium Production Line di Yamagata Casio, kilang utama produksi jam tangan Casio.

Ditawarkan dalam dua warna, harga jualan Casio MRG-5000 bermula dari RM15,500 untuk warna perak, dan RM18,500 untuk warna hitam.