Jam tangan PRW-61 ini merupakan jam pertama Casio yang diperbuat daripada plastik biomassa yang disumberkan daripada bahan organik yang boleh diperbaharui.
Penggunaan bahan ini boleh didapati pada komponen seperti casis utama, tali jam serta penutup belakang itu dan ia mampu mengurangkan impak terhadap alam sekitar dengan mengurangkan emisi CO2.
Sebagai sebuah jam kegunaan outdoor, PRW-61 dilengkapi dengan Triple Sensor yang merangkumi kompas digital, barometer/altimeter, serta termometer.
Ia juga mampu menerima isyarat frekuensi radio Multi-Band 6 dari seluruh dunia, dan disokong oleh Tough Solar bagi memastikan kuasa yang lebih stabil.
Sebagai sebahagian daripada Sustainable Development Goals, Casio turut melaksanakan inisiatif dengan menggunakan kertas kitar semula dalam pembungkusan jam PRW-61.
Casio PRW-61 boleh didapati dalam tiga warna iaitu Khaki/Black, Black/Black, serta Black/Silver, namun harga jualan belum didedahkan buat masa ini.