Castrol Hari Mekanik Malaysia 2023 - Kempen meraikan mekanik tempatan

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Salah satu syarikat pelincir automotif terkemuka di Malaysia, Castrol telah menganjurkan kempen ‘Castrol Hari Mekanik Malaysia’ yang kelima.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bertemakan “Meraikan Mekanik Malaysia”, kempen tahun ini diadakan bagi menghargai dan meningkatkan kesedaran terhadap wira-wira tak didendang yang terdiri dari pakar dan mekanik automotif di Malaysia.

Diadakan pada 18 Mac setiap tahun, Castrol Hari Mekanik Malaysia tahun ini dimulakan dengan pengenalan sebuah video unik oleh Castrol yang bertajuk “Sebuah Dunia Tanpa Mekanik".

 

 

Kempen tahun ini turut dimeriahkan dengan penganjuran “Pertandingan Mekanik Castrol” yang disasarkan untuk mekanik dan bengkel Castrol Auto Servis.

Pertandingan itu akan bermula pada 1 April hingga 31 Mei 2023 yang bertujuan untuk memberikan ganjaran dan penghargaan kepada mekanik tempatan.

Semua penyertaan boleh diserahkan melalui Aplikasi Motorist, aplikasi eksklusif yang disediakan khusus untuk semua bengkel Castrol Auto Servis.

 

2

 

Hadiah berupa telefon pintar Xiaomi Redmi Note 11 Pro bernilai RM1,149 semua mekanik dari tiga bengkel terbaik terpilih yang mencatat jumlah jualan tertinggi sepanjang pertandingan tersebut.

Tiga bengkel terbaik itu juga akan dikreditkan dengan 8,000 Mata EZ Rewards bernilai RM800, yang boleh digunakan untuk menebus pelbagai ganjaran melalui platform EZ Rewards.

Selain itu juga, sebagai tanda penghargaan kepada pengguna, Castrol telah memilih 2 orang bertuah yang melalui pertandingan ‘Castrol Game Changers’ yang dianjurkan dengan kerjasama Premier League.

 

3

 

Pemenang-pemenang bertuah itu telah diiringi ke London untuk menyaksikan perlawanan Tottenham Hotspurs menentang Chelsea pada February 2023 di Stadium Tottenham Hotspurs di mana Spurs menang 2-0.

Mereka turut diberi peluang untuk mengalami layanan eksklusif bertaraf dunia yang ditawarkan oleh Stadium Tottenham Hotspurs dan meluangkan masa beramah-mesra dengan legenda Spurs, Michael Dawson.

 

4

 

Di samping itu juga, Castrol turut melancarkan Castrol EDGE 5W-40 dengan ‘limited edition packaging’.

Castrol edisi terhad itu menampilkan empat pemain bintang Liga Perdana, David De Gea dari Manchester United, Jesse Lingard dari Nottingham Forest, Michail Antonio dari West Ham, dan Son Heung Min dari Tottenham Hotspurs.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dengan kerjasama MotoWazi serta sokongan oleh Kementerian Pendidikan, program “Kembali ke Sekolah…
Berita Domestik
Kedua-dua syarikat itu menyasarkan untuk mengukuhkan lagi kedudukan mereka di dalam negara ini…