Castrol rasmi buka bengkel flagship pertama di JB

oleh Firdaus Razani|
Jenama produk pelincir automotif terkemuka, Castrol rakam detik penting dengan pembukaan rasmi  bengkel peneraju utama (flagship store) Castrol Auto Service (CAS) di Malaysia.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Era Maju Automobil (M) Sdn Bhd, sebuah syarikat berpusat di Johor Bahru,  dipilih menjadi sebagai pusat perkhidmatan pelanggan, sekaligus mencerminkan komitmen bersama untuk memberikan penjagaan automotif berkualiti tertinggi. 

Era Maju Automobil memiliki empat cawangan di Johor Bahru, dengan cawangan Rosmerah berfungsi sebagai ibu pejabat mereka.

 

castrol

 

Bengkel (flagship store) yang baru ditetapkan kini menggabungkan penjenamaan baharu Castrol dan kini menawarkan pelbagai perkhidmatan yang menyeluruh.

Bengkel yang telah dinaiktaraf ini bertujuan untuk memberikan pengalaman yang lebih baik dan memanfaatkan kepakaran Castrol dalam persekitaran yang moden dan inovatif.

Upacara pembukaan rasmi telah pun diadakan pada hari Selasa, 19 Mac 2024, bagi meraikan pencapaian ini.

 

castrol

 

Era Maju Automobil berbangga dengan sejarahnya berkhidmat untuk masyarakat Johor Bahru selama hampir tiga dekad sejak tahun 1996.

Perniagaan keluarga ini berkembang sehingga empat cawangan dan membuktikan dedikasi mereka yang teguh demi menjamin kepuasan pelanggan.

Berita Berkenaan

Pelancaran
Empat pilihan baru yang diperkenalkan ialah Castrol POWER1 Cruise 4T 15W-50 1L, Castrol POWER1…
Berita Domestik
Pasukan teratas yang dianggotai oleh Saravanan A/L Sivarau, Tee Kok Jing dan Sivananthan A/L…
Berita Domestik
Tempat kedua dan ketiga pula masing-masing disandang oleh kumpulan mekanik daripada Wilayah Selatan…