Caterham bakal lancar Seven versi elektrik, kekal dengan platform asal

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat automotif British yang memiliki kepakaran menghasilkan kereta sports ringan, Caterham bakal melancarkan model ikonik Seven di dalam versi elektrik sepenuh masa.
Modenas

Menurut laporan daripada Autocar, Seven EV itu dijangka akan berkongsi banyak komponen dengan model Seven konvensional, namun beberapa penambahbaikan akan dibuat.

Seperti contoh, sistem suspensi dan casis akan ditala semula bagi menampung penambahan berat trenkuasa elektrik (termasuk pek bateri).

Namun begitu, demi memastikan berat badan yang ideal, Caterham Seven EV tidak akan mendapat ciri moden seperti sistem brek regeneratif.

Ketua eksekutif Caterham, Graham Macdonald menjelaskan, "Caterham Seven EV bakal menawarkan pemanduan seperti sebuah go-kart dengan pecutan pantas, serta pemanduan yang tidak kurang mengujakan, akan tetapi dalam bentuk yang berbeza.

 


Beliau turut menambah, kuasa pecutan Seven EV ini bakal menyamai model 620R yang mampu memecut sepantas 2.79 dari 0-96 km/j.

Difahamkan, Caterham Seven EV bakal menerjah pasaran menjelang tahun 2026, namun Caterham kini sedang mencari pembekal yang bersesuaian bagi motor elektrik dan pek bateri yang bakal dipasang pada EV pertama mereka itu.

Menurut Macdonald lagi, mereka lebih gemar untuk mengekalkan platform sedia ada berbanding dengan membeli platform papan selaju untuk membangunkan EV bagi mengekalkan semangat pemanduan Caterham yang telah dikenali sejak dahulu.

Disamping produk EV pertama, Caterham juga komited untuk mengekalkan penawaran enjin pembakaran dalaman selama mungkin.

"Cita-cita saya adalah untuk memastikan enjin pembakaran dalaman kekal ditawarkan selagi kami berupaya mencari sumber enjin yang bersesuaian. Kebanyakan pihak kini mula mengecilkan dimensi enjin dengan penambahan pengecas turbo dan itu bukanlah sesuatu yang kami mahukan.

Sumber: Autocar

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan daripada Piston Head yang berjaya memperoleh dokumen dalaman mendapati penukaran…