Caterham Cars kini bukan lagi milik Tony Fernandes

oleh Mohamad Hanif|
Caterham Cars yang sebelum ini dimiliki oleh CEO Air Asia, Tony Fernandes dan rakan perniagaannya Kamarudin Meranun telah bertukar milik di bawah VT Holdings, sebuah syarikat pengimport kenderaan dari Jepun.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan daripada Piston Head yang berjaya memperoleh dokumen dalaman mendapati penukaran pemilikan daripada Tony Fernandes kepada VT Holdings tersebut telah berkuatkuasa 31 Mac yang lalu.

VT Holdings juga sebelum ini merupakan pengimport rasmi kenderaan Caterham untuk pasaran Jepun sejak tahun 2009 dengan lebih daripada 120 unit kenderaan terjual setiap tahun.

Selain daripada Caterham, VT Holdings juga turut bertanggungjawab membawa masuk beberapa jenama ikonik seperti Lotus dan Royal Enfield.

 


Sebagai sebuah syarikat ternama di Jepun, VT Holdings memegang lebih daripada 200 buah pengedar di negara tersebut, selain mempunyai pelaburan tambahan di UK, Afrika Selatan, Sepanyol dan juga Thailand.

Menurut Kazuho Takahashi, bekas pelumba yang telah menceburkan diri di dalam Super GT Japan, JGTC dan Super Taikyu merangkap ketua eksekutif VT Holdings berkata, "VT Holdings berbangga untuk menyambut kehadiran Caterham ke dalam kumpulan kami. Kami bukan sekadar membeli pengeluar kereta berprestasi ternama, malah kami bertindak sebagai penjaga kepada lagenda permotoran dunia.

Tambah beliau lagi, mereka akan melindungi dan membangunkan model Seven untuk memenuhi cabaran perundangan yang mendatang seperti regulasi enjin pembakaran dalaman.

 


Namun Graham Macdonald, ketua eksekutif Caterham Cars melahirkan perasaan positif akan usaha yang bakal dilaksanakan oleh VT Holdings.

"Takahashi-san dan pasukannya merupakan pihak yang benar-benar memahami DNA jenama Caterham, serta warisan, semangat dan juga pelanggan kami. Sebagai sebuah pasukan, kami amat teruja untuk memulakan lembaran baharu untuk jenama Caterham ini.

Sumber: Piston Heads

Berita Berkenaan

Berita Global
  Ketua Pereka Caterham, Anthony Jannarelly merupakan salah seorang pereka Lykan HyperSport dan…
Berita Global
  Berapakah beratnya? Hanya lebih sedikit dari 440 kilogram! Seven 170 juga adalah model pertama…
Berita Global
Menurut laporan daripada Autocar, Seven EV itu dijangka akan berkongsi banyak komponen dengan model…