Caterham Project V, EV berbumbung rekaan Anthony Jannarelly, pereka W Motors Lykan dan Fenyr

oleh Muhammad Md Tajudin|
Caterham Project V
Caterham Project V
Caterham Cars terkenal dengan kereta kit Seven dan pada 1994 pernah tampil dengan Caterham 21 iaitu sebuah kereta sport dua pintu berbumbung fabrik.

Pada 12 Julai 2023 Caterham sekali lagi tampil dengan kereta sport berbadan penuh dan kali ini sebuah coupé elektrik yang dinamakan Project V.

Caterham Cars dimiliki VT Holdings dari Jepun selepas beralih tangan dari Tan Sri Tony Fernandes dan Datuk Kamarudin Meranun pada 2021.

Reka bentuk konsep Project V nampak meyakinkan dan individu di sebaliknya ialah Anthony Jannarelly dan bukan calang-calang pereka.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Caterham Project V

 

Ketua Pereka Caterham, Anthony Jannarelly merupakan salah seorang pereka Lykan HyperSport dan juga Fenyr SuperSport keluaran W Motors.

Lebih menarik, Anthony Jannarelly mempunyai syarikat automotif sendiri iaitu Janarelly Automotive dan mengeluarkan kereta sport Design-1.

Pakej tersebut lebih lengkap apabila beliau memiliki kereta Caterham. Selain rekaan Anthony Jannarelly, Project V dikeluarkan firma kejuruteraan terkenal Itali, Italdesign.

 

Caterham Project V

 

Project V dibekalkan motor elektrik tunggal berkuasa 200kW (268hp) yang dipasang pada gandar belakang.

Motor itu dipadan bersama pek bateri litium-ion 55 kilowatt-jam (kWj) dengan sistem pengurusan haba canggih. Jarak pemanduan sehingga 400 kilometer (km).

Menggunakan pengecas pantas DC 150kW, masa mengecas dari 20 hingga 80 peratus hanya perlu 15 minit.

Dari segi prestasi, pecutan dari 0 hingga 100 kilometer sejam (km/j) tidak sampai 4.5 saat dan kelajuan maksimum dianggarkan 230 km/j. 

 

Caterham Project V

 

Walaupun berbadan penuh, Project V masih lagi kekal dengan falsafah reka bentuk minimalis dan seperti Seven mempunyai berat badan rendah.

Caterham menyasarkan berat tanpa muatan 1,190 kilogram (kg) (model 2+1) melalui penggunaan gentian karbon dan casis komposit aluminium.

Model konsep Project V yang dipertontonkan ini mempunyai jenis kerusi 2+1 iaitu dua di depan dan satu di belakang dan Caterham turut menawarkan kerusi 2+2.

 

Caterham Project V

 

Rekaan dalaman dibuat ringkas dan ala kereta klasik dan gabungan perkakasan moden seperti sistem maklumat hibur dengan sambungan telefon pintar.

Gugusan meter dibuat dalam bentuk digital dan ada tiga mod pemanduan untuk dipilih iaitu Normal, Sport dan Sprint.

Dari segi pengendalian, Project V menggunakan suspensi depan dan belakang double wishbone dan stereng kuasa bantuan elektrik.

 

Caterham Project V

 

Spesifikasi Caterham Project V:

  • Rangkaian kuasa: Motor elektrik tunggal 400V, pacuan roda belakang
  • Bateri: Li-ion, 55kWj USOC (Usable State of Charge)
  • Dimensi: 4,255mm (P), 1,893mm (L), 1,226mm (T)
  • Jarak roda: 2,581mm
  • Kuasa maksimum: 200kW/268hp/262ps
  • 0 - 100 km/j: 4.5 saat
  • Kelajuan maksimum: 230 km/j
  • Berat sasaran: 1,190kg (model 2+1)
  • Jarak pemanduan sasaran: 400km
  • Binaan: Casis gentian karbon dan komposit aluminium dengan badan komposit
  • Suspensi: Double wishbone depan dan belakang
  • Tayar: 235/35/R19 (depan), 285/30/R20 (belakang)

Model produksi berkemungkinan dikeluarkan pada penghujung 2025 atau awal 2016 dan harga yang disasarkan ialah 80,000 pound (RM481,849).

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Caterham Project V