Cathay, HK Express batal penerbangan tertentu antara Hong Kong dan Jepun

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Syarikat penerbangan Cathay Pacific dan HK Express mengumumkan akan menghentikan beberapa laluan penerbangan Hong Kong-Jepun antara Februari dan Mac kerana had yang dikenakan oleh kerajaan Jepun.


Penerbangan terjejas termasuk penerbangan antara Tokyo-Narita, Tokyo-Haneda, Osaka-Kansai, Nagoya-Chubu, Okinawa dan Fukuoka yang dijadualkan antara 3 Februari dan 2 Mac.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

Cathay dalam satu kenyataan berkata langkah dilaksanakan apabila kerajaan Jepun mengehadkan bilangan maksimum penerbangan yang boleh dikendalikan oleh setiap syarikat penerbangan dari Hong Kong ke Jepun.

 

“Akibatnya, kami hanya boleh mengendalikan 72 penerbangan seminggu ke Jepun, iaitu 12 hingga 13 penerbangan seminggu kurang daripada perancangan asal dan diluluskan oleh pihak berkuasa kawal selia untuk Februari 2023,” tulis kenyataan itu.

 

Sementara itu, HK Express juga akan membatalkan penerbangan tertentu antara Hong Kong dan Jepun dari 1 hingga 16 Februari berdasarkan had yang dikenakan.

 

 

Agensi

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Walaupun hasrat pembinaan lapangan terbang baharu adalah untuk menarik lebih ramai pelancong, ia…
MotorGP
  Perlumbaan sulung di negara berkenaan dijadualkan pada 9 Julai depan dan dijadikan sebagai…
Berita Global
Menurut Akio Toyota, pengerusi JAMA dan juga presiden Toyota Motor, pihak persatuan bersetuju untuk…