CEO BYD rugi USD1.5b dalam masa sehari selepas Tesla umum potongan harga

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif BYD, Wang Chuanfu dilapor kerugian USD1.5 billion (RM6.9 billion) nilai bersih pada isnin lalu, selepas Tesla mencetuskan semula perang harga hingga mengakibatkan kejatuhan saham.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

17.6 peratus kekayaan Chuanfu diperoleh daripada pegangan peribadinya dalam BYD, di mana sahamnya telah menjunam sehingga 8.7 peratus.

Berdasarkan senarai Real-Time Billionaires List oleh Forbes, walaupun dengan kerugian itu Chuanfu kini masih orang kesembilan terkaya di China, dengan nilai kekayaan dianggarkan pada USD18.2 bilion (RM84 billion).

Seteru BYD bagi pasaran domestik juga mengalami tekanan yang sama, di mana Xpeng milik jutawan He Xiaopeng mencatatkan kerugian sebanyak 3 peratus dan William Li, pemilik EV jenama Nio dengan kerugian sebanyak 3.2 peratus.

Sebelum ini, Tesla telah menurunkan harga untuk dua varian Model Y, iaitu varian Long Range dan Performance sebanyak 14,000 yuan (RM8,907) hingga 349,900 yuan (RM222,615).

Perang harga EV yang dimulakan semula oleh Tesla telah mengakibatkan kejatuhan saham hampir semua jenama automotif secara global.

Kenny Ng, pakar strategi sekuriti Everbright Securities International yang berpangkalan di Hong Kong berkata potongan harga itu telah menakutkan pelabur yang sudah tertekan akibat krisis hartanah China yang semakin meruncing.

Menurut Kenny, pelabur juga bimbang tentang persaingan yang semakin sengit dalam industri, tentu sekali dengan kehadiran pelbagai model dari pelbagai jenama.

Yale Zhang, pengarah urusan perundingan Automotive Foresight yang berpangkalan di Shanghai pula berkata pemotongan harga mungkin merupakan cara yang mudah tetapi berkesan untuk Tesla mempertahankan bahagian pasarannya di China.

Tesla juga memulakan perang harga pertama pada Oktober lalu, diikuti tahun ini dengan lebih banyak diskaun yang menjadikan EV Model Y dan Model 3 terlaris dengan kira-kira satu pertiga kurang daripada harga masing-masing di US.

 

Sumber: Forbes

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia sebagai meraikan perkongsian BYD sebagai rakan kongsi rasmi UEFA EURO 2024™. Bagi pelanggan…
Berita Global
BYD menjual sebanyak 526,409 unit kenderaan dalam tiga bulan terakhir 2023, berbanding dengan 300,…
Berita Global
Menurut Brian Gu, Presiden dan Naib Pengerusi untuk Xpeng Motors, teknologi pemanduan pintar (smart…