Pengumuman itu dibuat selepas beberapa hari syarikat itu mengumumkan kebimbangan terhadap kemampuan kewangan mereka untuk memproduksikan trak pikap elektrik Lordstown Endurance.
Menurut laporan CNBC, susulan pengumuman itu saham Lordstown menjunam 18.8 peratus kepada $9.26.
Ketua Pengarah Bebas Lordstown, Angela Strand telah dilantik sebagai pengerusi eksekutif dan bakal mengemudi pimpinan sementara waktu sehingga CEO baharu dilantik.
Sebelum ini, firma analisis Hindenburg Research mendapati Lordstown menggunakan pesanan palsu untuk mengumpulkan modal bagi produksi trak pikap Endurance.
Syarikat Lordstown merupakan salah satu daripada syarikat pemula kenderaan elektrik selain daripada Rivian, Bollinger, serta Alpha Motor yang menjanjikan kehadiran produk trak pikap elektrik untuk pengguna.
Baca: Lordstown Endurance
Sumber: CNBC