CEO Toyota Amerika Latin dilantik sebagai presiden Daihatsu baharu

oleh Mohamad Hanif|
Ketua Pegawai Eksekutif bagi Toyota Amerika Latin, Masahiro Inoue telah dilantik sebagai presiden baharu Daihatsu Motor bagi memulihkan semula kepimpinan dalam syarikat tersebut selepas terpalit dengan isu skandal pensijilan kenderaan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Inoue telah dipilih bagi menggantikan peranan yang akan ditinggalkan oleh Soichiro Okudaira berkuat kuasa 1 Mac ini.

Selain daripada itu, menurut CEO Toyota Koji Sato dalam satu kenyataan menjelaskan pucuk kepimpinan utama Daihatsu akan turut digantikan dan operasi luar negara itu akan diletakkan di bawah seliaan Toyota.

"Untuk Daihatsu dilahirkan semula sebagai sebuah syarikat yang sepatutnya, ini adalah apa yang kami percaya perlu dibuat," ujar Sato kepada pemberita.

Produksi 10 model yang terjejas tempoh hari akan disambung semula pada 26 Februari ini, menurut Okudaira pada Jumaat lalu.

Sementara itu, Commercial Japan Partnership Technologies (CJPT) telah mengesahkan pengunduran Daihatsu daripada syarikat kerjasama yang turut disertai oleh Toyota dan Suzuki itu.

10 peratus pegangan Daihatsu dalam CJPT itu akan diserahkan kepada Toyota, di mana langkah yang sama akan turut dilaksanakan dalam syarikat baharu Commercial Japan Partnership Technologies Asia Co. Ltd yang ditubuhkan di Thailand pada tahun lepas.

Sumber: The Japan Times, Toyota, Toyota