CEO Volvo optimis harga EV sama paras dengan harga kereta konvensional menjelang 2025

oleh Mohamad Hanif|
Umum mengetahui kos untuk sebuah kenderaan elektrik masih lagi tinggi dan diluar jangkauan dan kemampuan ramai orang buat masa ini.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01

Untuk memujuk pengguna, ada sesetengah pengeluar automotif memberitahu kos pemilikan EV akan menjadi semakin murah sekiranya kos pembuatan bateri dan kos bahan mentah berjaya diturunkan pada masa hadapan.

Namun disebabkan oleh pandemik COVID-19, diikuti dengan masalah kekurangan cip yang melanda dunia, serta peningkatan harga bahan api menjadikan permintaan terhadap EV melonjak dengan mendadak, sehingga menyebabkan harga EV turut mencanak naik.

Menurut CEO Volvo Jim Rowan memberitahu Automotive News, beliau optimis harga jualan EV akan menjadi sama paras dengan kereta berkuasa petrol untuk tempoh dua tiga tahun akan datang.
 

xc90


“Sekitar tahun 2025, di mana pada ketika itu terdapat teknologi yang mampu mengurangkan kos bateri. Teknologi akan menyumbang kepada jarak gerak yang lebih jauh. Kurang bateri, lebih jarak pada kos yang lebih rendah – kita pasti akan capai.

Rowan juga turut menambah, pengeluar tidak seharusnya bergantung kepada subsidi kerajaan, sebaliknya perlu mencari jalan untuk menghasilkan EV yang lebih mampu milik.

Volvo baru-baru ini melancarkan SUV tiga baris tempat duduk paling besar berkuasa elektrik, Volvo EX90 dengan julat harga di bawah $80,000 untuk spesifikasi lengkap.

Sebagai perbandingan, Volvo XC90 tahun 2022 memiliki tanda harga bermula dari $50,000 dan mampu mencapai sehingga $70,000 sekiranya pemilik memadankannya dengan pilihan opsyen yang ditawar.

Masih lagi terdapat julat yang besar antara kedua-dua jenis kenderaan itu, namun adalah tidak mustahil harga EV mampu menyamai harga kenderaan konvensional dalam masa beberapa tahun akan datang, jika teknologi yang lebih maju mampu menjadikan pembuatan bateri yang lebih cekap dan dalam masa yang sama lebih menjimatkan kos.

Sumber: Automotive News

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Sepasang lampu sudah cukup untuk menjadikan XC90 sebagai topik perbualan. Volvo sebenarnya…
Informasi
Volvo Car Malaysia ingin memberi inspirasi kepada pemilik untuk menjadikan Volvo baharu mereka…
Berita Global
Syarikat yang dinamakan Flexis itu menyasarkan untuk mengambil peluang peningkatan permintaan bagi…