Cermin gelap - tindakan tegas terhadap pemandu, pemilik tidak terkecuali!

oleh Mohamad Hanif|
Tindakan tegas akan diambil kepada mana-mana pemilik kenderaan yang tidak mengikuti peraturan cermin gelap yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Malah, sekiranya kenderaan tersebut dipandu oleh bukan pemilik, pemandu  itu juga akan turut dikenakan saman selain saman yang dikeluarkan terhadap pemilik. 

Hal ini ditegaskan oleh Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Terengganu, Zulkarnain Yasin dalam satu sidang media Operasi Khas Cermin Gelap di Stesen Penguatkuasaan JPJ Air Sejuk semalam. 

“Untuk kesalahan cermin gelap, kita akan keluarkan saman mengikut kesalahan cermin gelap yang dilakukan. Contohnya pemandu melakukan tiga kesalahan cermin gelap iaitu cermin sebelah pemandu, cermin sebelah penumpang hadapan dan cermin depan, jadi tiga saman akan dikeluarkan terhadap pemandu.

“Sekiranya pemandu ketika itu bukan pemilik kenderaan, saman akan dikeluarkan juga kepada pemilik menjadikan enam saman iaitu tiga saman kepada pemandu dan tiga saman kepada pemilik,” katanya mengikut laporan daripada Harian Metro
 


Operasi dilakukan di tiga lokasi iaitu di Jalan Paka-Dungun, di hadapan Stesen Penguatkuasaan Kemaman dan Air Sejuk bermula jam 9 pagi kelmarin hingga jam 1 tengah hari, semalam.

“Operasi ini membabitkan 83 pegawai dan anggota termasuk PDRM dan JIM.

“Hasilnya, 781 notis dikeluarkan termasuk 338 saman kesalahan cermin gelap dan sebanyak lima kenderaan disita.

“Sepanjang dua hari operasi khas ini, kita dapati kategori kenderaan yang paling banyak diberi notis saman membabitkan kesalahan cermin gelap adalah kenderaan persendirian terutama kereta mewah.

“Tahap peratusan kenderaan yang paling tinggi dapat dikesan dalam operasi ini bagi kadar ketelusan cahaya masuk adalah tujuh peratus dan purata kenderaan cermin gelap diambil tindakan adalah membabitkan ketelusan kurang daripada 30 peratus iaitu membabitkan cermin sisi pemandu serta sisi penumpang hadapan,” katanya.

Zulkarnain turut menasihatkan pengguna jalan raya supaya mematuhi peraturan jalan raya termasuk membabitkan spesifikasi ditetapkan bagi ketelusan cermin kenderaan.

Sumber: Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, tindakan tiga lelaki berusia antara 52 hingga 54 tahun itu terbongkar melalui…
Berita Domestik
Menurutnya, rata-rata mereka tinggal di sekitar Balok dalam tempoh empat bulan hingga 18 tahun dan…
Berita Domestik
Pemandu bas berusia 51 tahun itu dalam aduannya mendakwa dia diarahkan memberhentikan basnya di…