Menurut kenyataan itu, mangsa yang cedera dibawa ke hospital berdekatan untuk menerima rawatan lanjut.
"Penumpang dipindahkan ke Stesen Klang, diiringi pegawai Polis Bantuan serta kakitangan KTMB untuk menaiki bas pengantara yang disediakan di stesen itu menuju ke Stesen Subang Jaya.
"Dalam insiden ini, seorang penceroboh dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala empat lagi cedera ringan. Mangsa yang cedera dihantar ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut. Pihak berkuasa akan menjalankan siasatan lanjut," katanya.
Kenyataan itu juga memaklumkan tren berkenaan mengalami kerosakan, menyebabkan kelewatan melebihi 60 minit.
Menurutnya, sebuah lokomotif bantuan dihantar untuk menarik tren yang terjejas bagi membolehkan mayat dikeluarkan dan perkhidmatan tren disambung semula seperti biasa.
"Penumpang yang terjejas oleh tren berikutnya juga dipindahkan menggunakan bas pengantara percuma ke Stesen Subang Jaya untuk meneruskan perjalanan mereka ke destinasi masing-masing.
Ketua Pegawai Operasi KTMB Mohd Zain Mat Taha menengaskan landasan kereta api adalah kawasan larangan, dan individu yang menceroboh landasan kereta api boleh didenda sehingga RM500 di bawah Seksyen 126 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.