Certified Recycled - Program jualan komponen kereta terpakai eBay UK, lagi jimat!

oleh Muhammad Md Tajudin|
eBay Certified Recycled
eBay Certified Recycled
Sedar atau tidak industri komponen kenderaan terpakai mempunyai skala yang besar di negara kita.

Bahasa jalanan dipanggil kedai potong dan menawarkan segala macam komponen sama ada dari jenama eksotik Itali atau kenderaan nasional.

Satu impak ketara penggunaan komponen terpakai ialah pada alam sekitar apabila barang yang elok dapat diguna semula. Tidak perlu melombong besi dan sebagainya.

Satu lagi faedah apabila wujud industri kereta skrap yang membantu kawasan kejiranan bersih daripada kereta terbiar dengan membelinya dari pemilik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
eBay Certified Recycled

 

Kesemua ini mewujudkan satu peluang perniagaan yang besar jika diuruskan dengan baik. 

Itu yang dibuat eBay di United Kingdom (UK) dengan mewujudkan program Certified Recycle. Poket pengguna pun jimat!

Berdasarkan kajian eBay, pengguna di UK berjaya jimat 99 juta pound (RM551 juta) pada 2022 dengan memilih komponen dan aksesori terpakai berbanding belian baharu.

 

eBay Certified Recycled

 

Dapatan kajian menunjukkan 16.1 peratus pemilik kenderaan membeli komponen terpakai untuk penjimatan wang dan 14 peratus mahu mengurangkan pelepasan emisi*.

Program Certified Recycle sudah berjalan di dalam portal eBay dan kini dilancarkan semula. Program itu melibatkan 81 peniaga yang diperakui eBay.

Harga komponen Certified Recycled boleh mencecah 70 peratus lebih murah berbanding harga runcit yang disyorkan pengeluar barangan asli (OEM)**.

 

eBay Certified Recycled

 

Tidak sekadar komponen terpakai, kesemua komponen Certified Recycled diperiksa dan menariknya mempunyai jaminan.

Perkakasan badan diberi jaminan 12 bulan dan tiga bulan perlindungan untuk komponen mekanikal. 

Barangan itu dibuka dari kenderaan akhir hayat dan dibekalkan penjual yang diperakui. 

Seperti yang dinyatakan, pembelian ini memberi kesan positif pada alam sekitar.

 

eBay Certified Recycled

 

Pada 2022, pelanggan eBay UK yang membeli komponen dan aksesori kenderaan terpakai membantu mengurangkan lebih 16,000 tan CO2e (persamaan karbon dioksida).

Mereka juga berjaya menghalang 3 juta sisa buangan daripada memenuhi tapak pembuangan dengan tidak membeli barang baharu dalam kotak.

eBay memaklumkan transaksi di dalam laman webnya melibatkan hampir sejuta komponen luaran dan aksesori seperti cermin, bampar dan pemegang pintu.

 

eBay Certified Recycled

 

Transaksi turut melibatkan lebih 400,000 perkakasan lampu dan lebih 130,000 komponen berkaitan enjin.

Satu lagi ciri penting apabila peniaga diperiksa dan diperakui oleh Persatuan Pengitar Semula Kenderaan (VRA).

Para peniaga perlu menjalani audit setiap tahun yang merangkumi proses dan polisi.

Ini bermakna, komponen yang disenarai untuk jualan disumber dan boleh dikesan dari kenderaan akhir hayat dan telah dikenal pasti, direkod, diuji dan diberi penggredan.

 

eBay Certified Recycled

 

Pengurusan itu penting supaya komponen yang ditawarkan bukan dari sumber tidak sah.

Komponen Certified Recycled yang pertama disenaraikan di eBay pada Jun 2020 dan kini mempunyai 81 peniaga yang diperakui di UK.

Jualan komponen semakin berkembang dengan peningkatan lebih sepuluh peratus di antara 2021 dan 2022.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

eBay Certified Recycled

 

*Penyelidikan pengguna dijalankan oleh Censuswide bagi pihak eBay. Kerja lapangan dibuat di antara 9 hingga 11 Januari 2023. Sampel tinjauan melibatkan 1,535 responden di UK yang memandu atau memiliki kereta (usia 16+).
**Disediakan oleh Audatex, setakat 2021.