Cerun di Kilometer 45 Jalan Gua Musang-Lojing dibaiki Mac ini

oleh Penyumbang Rencana|
foto Facebook Alexander Nanta Linggi
Jabatan Kerja Raya (JKR) menjangkakan kerja pembinaan cerun di Kilometer 45 Jalan Gua Musang-Lojing dekat Pos Blau akan bermula pada awal Mac ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pihaknya memahami kesulitan pengguna dan penduduk sekitar akibat penutupan ini.

Justeru katanya, pada ada 30 Januari lalu pihak KKR sudah memberikan kelulusan kepada Cawangan Kejuruteraan Cerun (CKC), JKR untuk segera melaksanakan kerja pembaikan lokasi runtuhan ini secara Arahan Kerja (AK) yang akan dilaksanakan oleh pihak kontraktor.

"Syarikat Pintas Utama Sdn Bhd, iaitu kontraktor jangka panjang yang dilantik bagi membantu kerajaan melaksanakan kerja-kerja pembaikan cerun berdasarkan keperluan dan kelulusan oleh KKR.

"Kerja-kerja awalan membabitkan penyiasatan tapak dan ukur tanah serta reka bentuk terperinci akan dimulakan segera.

"Kerja pembinaan dijangka dimulakan pada awal Mac ini, dengan pembinaan Temporary Road Diversion (lencongan) dilaksanakan dahulu agar laluan ini dapat dibuka semula kepada pengguna jalan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melawat tapak projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) pakej 3BC, pada Isnin.

Terdahulu media melaporkan pergerakan air bawah tanah dipercayai menjadi punca runtuhan jalan di Kilometer 45 Jalan Gua Musang-Lojing, berhampiran Pos Blau di Gua Musang, pada 3 Disember lalu.

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kenyataan itu memaklumkan JKR akan terus memantau keadaan jalan di kawasan terlibat secara berkala…
Berita Domestik
Menurut kenyataan yang dikongsi oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak di media sosial, pembukaan…
Berita Domestik
Katanya beliau tidak dapat menjawab persoalan mengenai berapa lama kerajaan mampu meneruskan…