CFMOTO 450SR dirasmikan secara global - 49.6 HP dan 39Nm, harga dari RM28,888

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Semalam bertempat di Intercity Istanbul Park Turkiyee, pengeluar jenama motosikal yang kian berkembang, CFMOTO telah melancarkan satu lagi model dalam barisan sportbike mereka iaitu CFMOTO 450SR.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Apa yang menariknya, setelah pelancaran global itu, model CFMOTO 450SR bakal ditawarkan untuk pasaran Malaysia pada harga bermula dari RM28,888 tidak termasuk cukai jalan dan insurans.

 

2

 

Didatangkan dengan dua pilihan warna iaitu Hitam (Zircon Black) dan Putih (Nebula Black), CFMOTO 450SR boleh mula didapati di semua pengedar rasmi CFMOTO seluruh Malaysia pada minggu ini.

CFMOTO 450SR dikuasakan oleh enjin 450 cc 2 silinder selari yang mampu menghasilkan 49.6 HP pada 9,500 rpm dan 39 Nm pada 7,600 rpm, antara enjin yang paling berkuasa dalam kelasnya.

 

3

 

Enjin pada 450SR dilengkapi dengan aci imbangan berganda yang berfungsi untuk mengurangkan gegaran pada enjin dan memberikan prestasi lebih baik.

Bagi memberikan kestabilan tunggangan yang lebih baik, enjin 450SR diposisikan pada kedudukan penting di pusat graviti tanpa menggangu prestasi kendalian model tersebut.

 

3

 

Pengendalian 450SR dibantu lagi dengan binaan enjin 2 silinder selari serta jarak roda yang lebih pendek, dimana ianya tentu sekali mudak dikawal terutamanya untuk mereka yang baru berjinak-jinak dengan sportbike.

Dari segi rupa bentuk, 450SR didatangkan dengan rekaan lampu hadapan terpisah untuk menyerlahkan lagi gayanya yang garang dimana alur pada kedua-dua bahagian membolehkan aliran udara berkesan dan mengurangkan kehilangan kuasa.

 

4

 

Rekaan fairing nya juga mempunyai efek pesongan yang boleh mencegah angin daripada membentuk arus pusar angin di bahagian-bahagian tertentu dan meningkatkan kestabilan motosikal.

Pada bahagian suspensi, 450SR dilengkapi dengan sistem suspensi berorientasikan sukan permotoran yang memberikan kestabilan dan kebolehkawalan lebih baik pada bahagian depan dan belakang.

 

5

 

Pada bahagian depan, ia dilengkapi dengan fork Upside Down (USD), manakala bahagian belakang ia dilengkapi dengan suspensi dan lengan ayun yang menggunakan struktur berbilang pautan seperti yang digunakan kebanyakan superbike.

450SR dilengkapi dengan roda aloi aluminium bersaiz 17 inci, dibaluti tayar jenama CST Adreno bersaiz 110/10 di depan dan 150/60 di belakang.

 

6

 

Sistem brek pula dilengkapi dengan cakera 320 mm bersama kaliper Brembo M40 di depan dan cakera 220 mm bersama kaliper tunggal di belakang, lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) Bosch.

Bagi memberikan pengalaman tunggangan yang lebih maju, 450SR didatangkan dengan teknologi skrin paparan melengkung TFT 5-inci lengkap bersama fungsi navigasi ringkas dan sistem peringatan.

 

7

 

Ia juga dilengkapi dengan sistem T-box yang mempunyai modul 4G terbina dan sensor 6D, yang membolehkan sambungan telefon pintar, naik taraf perisian Over-The-Air (OTA), Unit Pengukuran Inersia (IMU), Sekuriti dan Anti-Kecurian, Rekod Prestasi, Paparan Informasi Kenderaan Masa-Nyata dan sebagainya.

Untuk pasaran Malaysia, pembelian CFMOTO 450SR didatangkan dengan tawaran jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perbatuan 20,000 km, yang mana terdahulu.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Syarikat motosikal Jepun itu kini bakal berganding bahu bersama Zhejiang CFMoto Power (CFMoto) yang…
Pelancaran Motosikal
XO Papio dikuasakan oleh enjin satu silinder 126 cc sejukan udara dengan sistem suntikan bahan api…
Berita Domestik
Dari model Heritage, CFMoto akan menghasilkan varian Sport yang lebih dinamik dan juga varian…