CFMoto kini rakan kongsi baharu Yamaha untuk pasaran China

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Yamaha Motor Co. baru-baru ini telah mengumumkan kerjasamanya bersama CFMoto bagi menghasilkan motosikal khusus untuk pasaran China.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Syarikat motosikal Jepun itu kini bakal berganding bahu bersama Zhejiang CFMoto Power (CFMoto) yang merupakan jenama pendahulu di China, menggantikan rakan kongsinya sebelum ini iaitu Chongqing Jianshe Mechanical and Electric.

Usahasama itu bagi mendapatkan permit, lesen, dan perkara lain yang diperlukan mengikut undang-undang persaingan dan peraturan lain.

 

2

 

Kerjasama baharu itu dilapor bakal bermula pada November tahun ini, di mana gabungan itu akan dikenali dengan nama Zhuzhou CF Yamaha Motor Co. (ZCYM).

Rakan kongsi lamanya, Chongqing Jianshe Mechanical and Electric Co. Ltd. akan memindahkan kepentingan ekuitinya dalam kerjasama Zhuzhou Jianshe Yamaha Motor Co. Ltd. (ZJYM) kepada CFMOTO.

Yamaha Motor pula akan mengekalkan 44.23 peratus kepentingan, manakala CFMOTO akan memegang 50 peratus dan TAIR YEA LIMITED memegang baki 5.77 peratus.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
EC-05 adalah hasil daripada projek kerjasama tersebut. EC-05 direka oleh Yamaha Jepun berdasarkan…