CFMoto - tayang 800MT dengan enjin KTM

oleh HEZERI SAMSURI|
Kerjasama antara KTM dan syarikat motosikal China, CFMoto semakin merunsingkan pemain Eropah yang lain bila ia menampilkan model terbaharu motosikal adventure 800MT.

CFMoto sebenarnya sudah beberapa tahun memasang enjin-enjin KTM, contohnya enjin 799cc LC8c dua selinder kembar sebaris untuk pasaran global dan juga proses pemasangan motosikal-motosikal KTM untuk pasaran Asia.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Tidak puas hati dengan usaha itu sahaja, CFMoto mahu menghasilkan produk mereka sendiri dengan enjin-enjin KTM, dan ia dibuktikan melalui motosikal konsep CFMoto V.02 NK dalam tahun 2017.

 


 

 

CFMoto juga sudah melancarkan motosikal tourer 1250TR-G dengan enjin 1,279cc KTM tetapi usaha pengilangan masih belum dimulakan.

Model adventure 800MT ini menggunakan enjin 799cc LC8c KTM dan mempunyai kuasa maksimum 94 hp dan 77.3 Nm - tertinggi untuk mana-mana motosikal dari pengeluar motosikal China.

Selain dari itu, ia menggunakan teknologi terkini seperti traction control dan cornering ABS dari Bosch. Dilengkapkan dengan sebuah skrin 7-inci, antara ciri lain ialah lampu tinggi automatik, keyless start dan navigasi.

Sistem gantungan ialah dari KYB Jepun sementara brek pula ialah dari syarikat brek Sepanyol - J.Juan. 

Harga yang dijangka di China adalah lebih rendah dari KTM dan ia dikhabarkan akan mula dihasilkan dalam Suku Kedua tahun 2021.

Semestinya ia akan dieksport dan harganya pasti lebih murah dari jenama-jenama Eropah.
 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Langkah itu sememangnya tidak mengejutkan, kerana pengurusan atasan di PMG telah menjelaskan dengan…
Model Terbaharu
KTM 890 SMT adalah Supermoto Tourer yang menawarkan prestasi dan pengendalian supermoto dengan…
Model Terbaharu
Pengenalan KTM 1390 Super Duke R 2024 bersempena dengan ulang tahun ke-30 nama Duke, di mana super…