Chery bakal lancar tiga jenama baharu di Eropah menjelang akhir 2025

oleh Mohamad Hanif|
Chery Automobile dilihat mahu mengukuhkan lagi kedudukan jenama itu di benua Eropah dengan perancangan untuk memperkenalkan sehingga tiga jenama baharu menjelang akhir 2025.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jenama yang dimaksudkan itu terdiri daripada Omoda, Jaecoo dan Exlantix.
 

jaecoo


Terdapat juga perancangan untuk mendirikan kilang pemasangan kenderaan di Eropah seawal 2024.

Menurut pengarah urusan Chery Eropah, Jochen Tueting memberitahu Reuters, pengeluar itu kini sedang bersiap untuk melancarkan jenama Omoda dan Jaecoo di pasaran utama Eropah termasuklah Jerman, Britain, Sepanyol, Itali dan Perancis.
 

exlantix


Menjelang 2025, Chery akan melancarkan tiga buah SUV daripada setiap jenama itu, terdiri daripada model elektrik penuh, enjin pembakaran dalaman tulen dan hibrid.

Pada awal tahun 2025, jenama ketiga Exlantix akan muncul dengan membariskan model-model elektrik sepenuh masa.

Sumber: Reuters