Chery kembali, tetapi ke Indonesia

oleh HEZERI SAMSURI|
Sebut nama Chery dan pastinya ramai akan terbayang kenderaan China yang mempunyai kualiti yang tidak begitu memuaskan. Namun begitu, pemilik-pemiliknya tidak bersetuju dan masih menggunakan kenderaan mereka tanpa masalah.

Fendi, atau Atan, peniaga makanan dari Serdang, Selangor berkata Chery Eastar miliknya tidak mengalami sebarang masalah besar dan ia masih digunakan setiap hari.

Namun begitu, jualan yang tidak menggalakan dan harga yang tidak begitu menarik menyebabkan Chery berhenti dari industri automotif Malaysia.

Di Indonesia juga kejadian sama berlaku, tetapi kahbar angin terbaharu dari media Indonesia nampaknya mengatakan jenama itu akan melakukan "comeback" dalam masa terdekat di sana.

Kebangkitan jenama China yang menerima sokongan padu dari pembeli Indonesia yang rata-rata mahukan kenderaan mampu milik mungkin menjadi alasan untuk Chevy kembali ke negara itu.

Laporan dari Autonetmagz.com berkata Chery Motor Indonesia sudah pun dibentuk dan sedang membina jaringan pusat jualan dan servis. Ia juga menjangkakan Chery akan menjadikan Indonesia sebagai hab pemasangan Asean untuk jenama China itu.

Adakah Chery Alado akan kembali ke Malaysia juga? Kongsikan pendapat anda.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Omada 5, antara model baharu yang diperkenalkan Chery telah menerima pelbagai pengiktirafan di…
Berita Global
Syarikat itu juga telah menjadi jenama kereta penumpang nombor 1 China selama 20 tahun berturut-…
Berita Global
Selain pembekalan bateri dan kerjasama teknikal pada kenderaan penumpang, kedua syarikat tersebut…