Chery labur US$1 bilion bangunkan kilang EV di Indonesia

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat automotif China Chery merancang untuk melabur sebanyak hampir US$1 bilion (RM4.46 bilion) di Indonesia yang akan merangkumi aktiviti produksi dan pembuatan, dengan kapasiti anggaran sebanyak 200,000 unit kenderaan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Hal ini disampaikan sendiri oleh Naib Presiden Eksekutif Chery International, Charlie Zhang kepada kerajaan Indonesia sewaktu lawatan Presidennya Joko Widodo ke Beijing, China pada 25 Julai lalu.

Menurutnya, pelaburan Chery di Indonesia akan dilaksanakan di dalam empat fasa, dengan pelaburan awal yang akan bermula pada tahun ini bernilai US$40 juta (RM178 juta) dan dijangka mampu menghasilkan jumlah produksi 20,000 unit per tahun.

Fasa keempat yang akan dilaksanakan pada tahun 2028 membolehkan angka produksi tersebut ditingkatkan kepada 200,000 unit per tahun.

Menurut Zhang, langkah ini akan mencipta peluang pekerjaan di dalam sektor huluan dan hiliran sebanyak 20,000 orang.
 

Chery


Chery juga turut merancang untuk memperkenalkan sehingga sembilan buah model baharu di Indonesia, merangkumi kenderaan elektrik dan plug-in hybrid.

Menurutnya lagi, Indonesia kaya dengan sumber mineral serta rezab nikel yang terbesar di dunia, di mana ia memainkan peranan penting di dalam industri pembangunan kenderaan tenaga baharu di sana.

Sementara itu, Chery juga turut mempunyai perancangan yang menarik untuk pasaran Malaysia di mana mereka sedang bekerjasama dengan syarikat tempatan untuk membangunkan operasi pemasangan tempatan di sini, selain bakal melancarkan beberapa buah model menarik termasuklah EV Omoda 5 dan model di bawah siri Tiggo Pro.

Sumber: Suara.com

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pakej Extra Peace of Mind ini merangkumi penyelenggaraan penting bagi pemilik OMODA 5 dan TIGGO 8…
Pelancaran
Bukan hanya setakat dapat melihat, kami sebagai media sendiri sudah memandu uji model EV terbaharu…
Berita Domestik
Bagaimanapun, Chery tidak terlepas daripada menerima komen negatif ketika permulaan pengenalannya…