Omada 5, antara model baharu yang diperkenalkan Chery telah menerima pelbagai pengiktirafan di peringkat global, sebelum ini juga Omada 5 telah menerima penarafan 5 bintang dalam ujian keselamatan Euro NCAP.
Baru-baru ini, Omada 5 telah menjadi model pertama di bawah siri global baharu yang menerima anugerah ‘Kenderaan Mid-
size Crossover Terbaik’ oleh Autoshow TV Mexico, serta Anugerah Auto 2022.

Selain itu, Persatuan Automobil Qatar juga telah menganugerahkan Omada 5 ‘Anugerah SUV Sains dan Teknologi Terbaik’, sekaligus membuktikan lagi pengiktirafan globalnya.
Dengan reka bentuk bergaya bersama teknologi futuristik, Omada 5 disasarkan untuk memenuhi kehendak golongan muda yang mahu mendahului trend semasa.
Selain Omada 5, Chery dijangka akan kembali ke pasaran Malaysia dengan beberapa model baharu mereka seperti Tiggo 4 Pro, Tiggo 7 Pro dan Tiggo 8 Pro, kehadiran model dari Chery pastinya akan merancakkan lagi segmen SUV tempatan.