Chery Tiggo 8 Pro rasmi untuk pasaran Malaysia - Varian tunggal, enjin 2.0L TGDI, transmisi DCT 7 kelajuan, RM159,800

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Satu lagi model terbaharu dari Chery, Tiggo 8 pro turut dirasmikan bersama Omoda 5 bagi memberi saingan untuk SUV segmen D pasaran Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk pasaran Malaysia, Tiggo 8 Pro ditawarkan dengan satu varian sahaja, iaitu varian Premium dimana harga bermula dari RM159,800.

Menjadi model dalam SUV segmen D, Tiggo 8 Pro memiliki dimensi 4,722mm panjang, 1,860mm lebar, 1,705mm tinggi dan 2,710mm jarak roda.

Tiggo 8 Pro dikuasakan enjin 2.0 liter TGDI 4 silinder dipadankan bersama transmisi dwi klac (DCT) 7 kelajuan, yang menghasilkan 256 HP dan 390 Nm.

Ia juga tampil dengan dengan tiga mod pemanduan, iaitu Eco, Normal dan Sport.

Dari segi rekaan, Tiggo 8 Pro membawakan rupa yang lebih matang dan kemas, dimana ia direka khusus untuk golongan berkeluarga besar.

 

2

 

Pada bahagian depan, ia menampilkan rekaan jeriji 'galaksi' baharu bersama lampu LED dan DRL dengan fungsi Intelligent High-beam Control Headlamp (IHC).

Bahagian belakang juga didatangkan dengan rekaan lampu LED melintang yang bersambung.

Pada bahagian dalam, ia dilengkapi skrin infotainment dan kluster instrumen digital menjadikan gabungan bersaiz 24.6 inci, bersama fungsi Android Auto dan Apple CarPlay tanpa wayar.

Selain itu juga, ia turut dilengkapi dengan fungsi lampu ambien dan sistem bunyi Sony Premium bersama 8 pembesar suara.

Tiggo 8 Pro turut dilengkapi dengan ciri sistem ADAS, merangkumi:

  • Lane Departure Warning (LDW)
  • Blind Spot Detection (BSD)
  • Door Open Warning (DOW)
  • Rear Cross Trafic Alert (RCTA)
  • Adaptive Cruise Control (ACC)
  • Intergrated Cruise Assist (ICA)
  • Front Collision Warning (FCW)
  • Autonomous Emergency Braking (AEB)
  • Intelligent High-beam Control Headlamp (IHC)
  • Traffic Jam Assist (TJA)
  • Traffic Signs Recognition (TSR)