Chevrolet gesa pemilik tukar beg udara pemandu sebelum pulang beraya

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Chevrolet semalam telah mengeluarkan peringatan kepada para pemilik model Chevrolet di Malaysia mengenai kempen recall yang melibatkan 3,725 unit kenderaan Chevrolet dan SAAB dengan isu beg udara Takata di Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Recall tersebut telah dimulakan pada bulan Jun tahun lalu dimana ia melibatkan penggantian inflator beg udara Takata pada bahagian pemandu yang berpotensi menyebabkan kematian semasa kemalangan.

2

Antara model Chevrolet dan Saab yang terlibat dalam kempen recall tersebut ialah:

  • Chevrolet Cruze: model tahun 2010–2015
  • Chevrolet Orlando: model tahun 2013–2015
  • Chevrolet Sonic: model tahun 2013–2014
  • Chevrolet TRAX model tahun 2017
  • SAAB 9-3: model tahun 2007

Menurut syarikat yang bertanggungjawab bagi kempen recall di rantau Asia Tenggara, Chevrolet Sales Thailand, kadar sambutan bagi kempen recall tersebut berada di bawah jangkaan.

3

Chevrolet berharap agar masyarakat dan orang ramai dapat membantu untuk menyebarkan berita mengenai kempen recall itu bagi menggalakkan para pemilik untuk segera membawa kereta mereka untuk menukar komponen tersebut.

Menurut Chevrolet juga, antara sebab sambutan kempen recall itu tidak menggalakkan ialah kesukaran untuk mengesan pemilik yang terkini oleh kerana data pelanggan yang sudah lapuk, serta ketiadaan pejabat rasmi Chevrolet di Malaysia.

4

Memandangkan Chevrolet tidak berpengkalan di Malaysia, syarikat itu bekerjasama dengan Honda Malaysia bagi membantu urusan kerja-kerja penggantian beg udara yang dilakukan di rangkaian pengedar sah Honda.

Walaupun tarikh akhir untuk kerjasama itu belum diumumkan, pemilik kenderaan yang terlibat digalakkan untuk memanfaatkan kemudahan ini secepat mungkin, kerana kerjasama antara Chevrolet dan Honda Malaysia ini hanya untuk tempoh yang terhad.

Sehingga kini, Chevrolet masih menjalankan kempen recall tersebut untuk menggantikan inflator beg udara itu sejak dimulakan pada tahun lalu.

5

Kempen itu juga dilaksanakan dengan kelulusan dan kerjasama oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ).

Pemilik model kereta yang terlibat digalakkan untuk melayari laman sesawang Chevrolet bagi membantu urusan penukaran komponen tersebut.

Pemilik hanya perlu mengikuti beberapa langkah mudah seperti berikut:

  • Cari nombor VIN
  • Panggilan untuk temujanji
  • Pemilik kenderaan akan diminta untuk berkongsi butiran mereka bagi membolehkan Chevrolet membuat pemakluman dan kemaskini yang penting berkenaan dengan kempen recall itu.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, masih ada sinarnya kerana ia masih dikuasakan oleh enjin besar V8 LT2 6.2 liter, sama…
Berita Global
Jangka hayat model bajet Chevrolet itu tidak pernah bertahan lama, di mana produksi model generasi…
Berita Domestik
  "Inflator beg udara pemandu ini mengandungi tablet bahan rejang PSAN (Ammonium Nitrat Fasa…