Chevron lancarkan bengkel motosikal, Caltex Havoline bikePro

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Chevron Malaysia Limited (Chevron), yang memasarkan jenama runcit Caltex™ di Malaysia telah melancarkan bengkel Havoline bikePro mereka yang pertama.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Caltex sasarkan untuk membuka 15 bengkel Havoline bikePro menjelang akhir 2023 bagi memberikan pilihan tambahan untuk pelanggan servis motosikal mereka dengan pakar dan kemudahan yang tiada tandingannya.

Bengkel itu akan memenuhi keperluan penunggang motosikal untuk pengalaman servis oleh pakar.

Turut dekenali sebagai MH Jaya Motor Trading, bengkel itu terletak di Jalan Balakong, Cheras bagi membolehkan pelanggan menyerahkan kebimbangan servis mereka kepada kakitangan yang dilengkapi dengan latihan dan kepakaran.

 

Havoline

 

Pengurus B2B Fuels & Lubricants Chevron Malaysia Limited, Khoo Huan Teong berkata, “Kami mendapati terdapat perubahan tingkah laku dalam kalangan penunggang motosikal yang semakin meningkat cenderung untuk mencari pengalaman perkhidmatan bagi menjelaskan semua kebimbangan mereka."

"Pemilik yang mengambil langkah pendekatan menjadi minoriti kecil kerana ramai mencari kemudahan dan kepakaran untuk menyelenggara motosikal mereka."

"Tetapi selain daripada hanya memberi manfaat kepada pelanggan, program ini pada asasnya menyediakan peluang untuk bengkel sedia ada untuk kami naik taraf kemahiran dan perkhidmatan yang lebih baik kepada motosikal di Malaysia”

Bengkel di bawah program itu akan menjalani latihan, penjenamaan semula, program pembangunan perniagaan serta menerima kit permulaan dan perjalanan insentif tahunan.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia merupakan sebuah inisiatif yang bertujuan untuk memulihkan minat dalam STEM (Science, Technology…
Berita Domestik
Gilbert juga akan berperanan ke atas jualan komersil dan runcit, serta pemasaran produk pelincir…
Berita Domestik
Antara hadiah utama yang ditawarkan berupa pakej percutian tempatan dan percuma bahan api untuk…