Chevron Malaysia lancar aplikasi pembayaran mudah alih CaltexGO

oleh Mohamad Hanif|
Chevron Malaysia Limited selaku pemegang hak jenama Caltex di Malaysia telah melancarkan aplikasi pembayaran mudah alih CaltexGO yang disasarkan kepada pengguna di Lembah Klang pada peringkat awal.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Aplikasi ini menawarkan kemudahan pembayaran tanpa tunai, pengumpulan serta penebusan mata ganjaran kad BPoints JOURNEY™, selain mengetahui lokasi stesen minyak yang berdekatan serta melihat resit elektronik - semuanya menerusi akses di hujung jari.

Pada peringkat awal, penggunaan CaltexGO hanya dikhususkan untuk kawasan sekitar Lembah Klang terlebih dahulu, sebelum diperluaskan penggunaannya ke beberapa bahagian di seluruh negara menjelang separuh pertama tahun 2022.

Selain daripada kemudahan yang disediakan, pengguna CaltexGO juga berpeluang untuk menerima rebat yang menarik serta ganjaran hebat khusus untuk aplikasi ini.
 

Caltex


Bagi pengguna kali pertama yang membuat pembelian bahan api minimum RM30, mereka akan mendapat pulangan tunai sebanyak RM5, di mana setiap pelanggan hanya dihadkan kepada dua kali pengisian bahan api dalam tempoh sebulan sehingga promosi tamat 31 Disember 2021.

Pengguna diingatkan supaya menggunakan peranti pintar setelah enjin kenderaan dimatikan, dan berada di dalam kenderaan, atau ketika berada di dalam kedai serbaneka.

Aplikasi CaltexGO boleh dimuat turun menerusi Google Play Store dan juga Apple App Store.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Jay Gomez selaku Pengerusi di Chevron Malaysia Limited berkata, "Pada September 2021, kami…