Chevron Malaysia lancarkan program Caltex Rewards

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Chevron Malaysia Limited (Chevron), yang merupakan pemasar jenama Caltex di Malaysia telah melancarkan program kesetiaan pelanggan terkininya iaitu Caltex Rewards.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Program Caltex Rewards kini tersedia di aplikasi CaltexGo, dimana ia membolehkan pengguna untuk mengisi petrol, membayar petrol, mengumpul mata, dan menebus pelbagai jenis ganjaran semasa melakukan transaksi.

Ia kini menawarkan pengalaman pengguna yang fungsi dan kelancaran sama ada melalui aplikasi CaltexGo atau laman web Caltex, serta di dalam kedai bersama rakan kongsinya termasuk Family Mart, Lotus dan Grab.

 

2

 

Caltex Rewards telah disesuaikan bagi memenuhi keutamaan pengguna kenderaan di Malaysia yang dapat menawarkan pelbagai ganjaran menarik melalui penggunaan mata terkumpul.

Sebagai tambahan, mata terkumpul juga boleh digunakan untuk mendapatkan diskaun bagi pembelian petrol di semua stesen Caltex.

Ahli Caltex Rewards juga berpeluang untuk memilih daripada pelbagai jenis ganjaran termasuk penebusan petrol hinggalah e-baucar yang boleh dilihat di aplikasi CaltexGo atau laman web Caltex.

 

3

 

Sempena pelancaran tersebut, pengguna kini boleh mendaftar program Caltex Rewards melalui aplikasi CaltexGo, laman web Caltex atau mana-mana stesen Caltex di seluruh Malaysia.

Pengguna baharu yang mendaftar melalui aplikasi atau laman web juga akan menerima 500 mata yang bernilai RM5, dimana pengguna boleh mengumpul 2 mata Caltex Rewards untuk setiap 1 liter petrol yang diisi.

Pengguna juga akan diberi ganjaran 500 mata sebagai bonus untuk hari jadi setiap tahun, aplikasi CaltexGo kini boleh dimuat turun di Apple App Store atau Google Play Store.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia merupakan sebuah inisiatif yang bertujuan untuk memulihkan minat dalam STEM (Science, Technology…
Berita Domestik
Gilbert juga akan berperanan ke atas jualan komersil dan runcit, serta pemasaran produk pelincir…
Berita Domestik
Antara hadiah utama yang ditawarkan berupa pakej percutian tempatan dan percuma bahan api untuk…