Chevy C10 dari Pasir Gudang

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tidak menghairankan Amerika Syarikat ialah pelopor trak pikap.

Ini ialah kerana Ford Model-T, kenderaan pengeluaran berskala tinggi pertama dunia pun muncul dalam bentuk pikap.

Keadaan mukabumi yang luas serta kawasan rumah yang besar dan juga fakta di mana ramai yang mempunyai ladang memerlukan rakyat Amerika Syarikat memiliki trak pikap.

Bila bercerita tentang sejarah trak pikap pula, jenama dari General Motors pasti akan muncul - Chevrolet.

Antaranya legenda trak pikap US ialah Chevrolet C10, muncul dalam tahun 1959 sehingga tahun 1966. 

 

 

Ia sangat ikonik kerana ia adalah trak pikap yang pertama menggunakan kerangka "ladder" dengan bahagian tengah yang rendah, menjadikan tempat duduk lebih rendah seperti sebuah kereta.

Chevrolet C10 juga menggunakan sistem gantungan "independent" untuk bahagian hadapan, sekali lagi menjadikan pengendaliannya mirip kereta (di zaman itu).

Trak Chevy milik Hiszawawi Samseh ini ialah sebuah C10 "Apache" dengan badan Fleetside.

Chevy C10 sebenarnya datang dengan dua jenis badan belakang - Fleetside untuk yang rata dan Stepside, untuk yang berlekuk dan mempunyai fender belakang. 

 

 

C10 juga bermaksud ia mempunyai badan yang pendek dengan muatan setengah tan dan datang dengan pacuan 2-roda.

Hiszawawi, atau lebih dikenali sebagai Awie telah melakukan kerja restorasi yang baik dan kerana itu ia menelan belanja yang tinggi.

Menurut Jurutera Marin ini, beliau telah menghabiskan dalam RM170,000 untuk C10 kelabu miliknya itu.

Sebelum trak pikap klasik tahun 1960-an ini, beliau pernah memiliki kenderaan-kenderaan seperti Ford Ranger Wildtrak, Toyota Hilux, Mitsubishi Pajero dan Mercedes-Benz W124.

 

 

Chevy ini ialah idaman beliau dan pelbagai modifikasi telah dilakukan pada enjin itu (spesifikasi tidak diberikan). Awie mendakwa enjin itu menghasilkan 250 hp, memadai untuk trak Amerika yang berat itu.

Berusia 42 tahun, Awie yang memang berasal dari negara JDT itu mempunyai impian untuk memiliki Dodge Challenger SRT Demon - sebuah kereta dengan enjin 6.2L V8 Supercharged 840 hp (petrol RON100) dan daya pecutan 0-97 kmsj dalam masa hanya 2.3 saat.

Nampaknya Awie memang berjiwa kelajuan!

Jurufoto profesional, Shah Adam turun ke kediaman Awie di Pasir Gudang untuk mengintai jentera pikap istimewa ini dan terpapar ialah gambar-gambar hasil tangkapan beliau. 

 

Berita Berkenaan

Informasi
Recall tersebut telah dimulakan pada bulan Jun tahun lalu dimana ia melibatkan penggantian inflator…
Berita Global
Namun, masih ada sinarnya kerana ia masih dikuasakan oleh enjin besar V8 LT2 6.2 liter, sama…
Berita Global
Jangka hayat model bajet Chevrolet itu tidak pernah bertahan lama, di mana produksi model generasi…