DFSK, anak syarikat Dongfeng Motor akan membekalkan sebanyak 5,000 unit lori kecil kepada syarikat SBS dari Jepun.
Trak EV 1.5 tan itu sebenarnya direka oleh folofly, sebuas syarikat berstatus EV Startup, tetapi ia dipasang oleh DFSK di China.
Harganya pula ialah 3.8 juta yen, sama dengan harga trak 1.5 tan jenama Jepun dengan enjin biasa. Ini bermakna jika wujud insentif, harga trak EV DFSK akan menjadi lebih murah dari trak 1.5 tan dari jenama Jepun.
BYD pula menawarkan diskaun 40 peratus kepada harga bas elektrik mereka.
Kekurangan pilihan untuk produk lori elektrik 1-tan menjadikan syarikat-syarikat logistik Jepun untuk membeli produk China.
Sagawa Express, satu unit di bawah SG Holdings Japan juga bersetuju untuk membeli 7,200 unit EV kecil dari Guangxi Automobile Group.
Mungkin syarikat EV dari China boleh membantu agar produk-produk EV mereka nampak lebih matang dan direka oleh orang dewasa yang rajin.
* Laporan penuh di Nikkei Asia