China bakal lancar kapal penguatkuasaan di Laut China Selatan

oleh SALINA JALIL|
China bakal melancarkan sebuah kapal ‘penguatkuasa undang-undang’ di Laut China Selatan dalam usaha Beijing mengukuhkan kedudukannya di perairan di Asia Tenggara.


Pada minggu lalu, kapal berkenaan diserahkan kepada beberapa agensi penguatkuasaan bertanggungjawab yang melakukan rondaan di kawasan perairan Laut China Selatan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Perkara itu diumumkan oleh syarikat pembinaan kapal berkenaan, Wuchang Shipbuilding Industry Group, menerusi satu kenyataan menerusi laman sesawangnya.

 

Menurut kenyataan itu, kapal tersebut akan menjadi ‘aset sangat penting dalam menjaga hak dan kepentingan maritim China’ terutama kedaulatannya di Laut China Selatan.

 

Kapal dipanggil Sansha Zhi Fa 101 itu dilengkapi dengan ‘peralatan penguatkuasaan khas’ dan sebuah pelantar pendaratan helikopter.

 

Peranan utama kapal itu adalah untuk rondaan dan memantau perairan di bawah bidang kuasa bandar Sansha.

 

Sansha adalah unit pentadbiran yang diwujudkan sebagai bandar peringkat wilayah pada 2012 untuk mentadbir kumpulan kurang penduduk, merangkumi 260 pulau dan terumbu di Kepulauan Paracel dan Tebing Macclesfield, yang turut dituntut Vietnam dan Taiwan.

 

Ia termasuk Kepulauan Spratly yang kaya dengan sumber semula jadi, di mana terdapat pertindihan tuntutan dari Vietnam, Filipina, Malaysia, Taiwan dan Brunei.

 

Beijing terus meningkatkan pembinaan kemudahan infrastrukturnya di Laut China Selatan sebagai sebahagian daripada usaha republik itu mengukuhkan kawalannya ke atas kawasan terbabit.

 

 

Agensi