Menurut pihak berkuasa tempatan, permainan "kerusi terbang" itu hilang kawalan akibat gangguan mekanikal menyebabkan pengunjung jatuh terhempas bersama buaian yang dinaiki mereka.
Mangsa yang cedera dihantar ke hospital.
Susulan kejadian, taman tema itu ditutup sementara menunggu siasatan mengenai punca kemalangan.
Video insiden tersebut telah dirakam oleh salah seorang pengujung yang turut terlibat dalam kejadian tersebut.