China kini pengeksport kereta terbesar dunia kalahkan Jepun

oleh Mohamad Hanif|
China berjaya memintas Jepun sebagai pengeksport kereta terbesar di dunia dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan BBC, angka rasmi menunjukkan China telah mengeksport 1.07 juta kenderaan, atau peningkatan sebanyak 58 peratus berbanding tempoh yang sama tahun 2022.

Sebagai perbandingan, Jepun telah mengeksport 954,185 unit kenderaan, atau peningkatan 6 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Faktor utama yang menyumbang kepada keadaan tersebut ialah permintaan besar terhadap kenderaan elektrik dan kenderaan tenaga baharu (NEV), ditambah pula dengan kehadiran kilang pengeluaran EV Tesla terbesar di Shanghai.  
 

Tsla


Selain daripada itu, eksport ke pasaran Russia turut meningkat disebabkan oleh sekatan yang dikenakan ke atas negara penyerang Ukraine itu.

Pengeluar seperti Geely, Chery, dan Great Wall menyaksikan pasaran masing-masing di Russia melonjak selepas pesaing mereka seperti Volkswagen dan Toyota menarik diri daripada pasaran negara tersebut.

Menurut portal Nikkei Asia, China juga turut mengeksport hampir 30,000 trak kegunaan tentera ke Russia pada tahun ini, peningkatan hampir tujuh kali ganda berbanding tahun terdahulu.

Sumber: Kosmo

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Untuk mempromosikan pelaburan automotif ke dalam negara pula, India memberikan insentif cukai dan…
Berita Global
Berdasarkan data daripada China Passenger Car Association, negara tersebut dianggarkan telah…
Berita Global
Mereka yang mempunyai lesen memandu di Jepun juga memang sudah secara automatik dibenarkan untuk…