China Lancar Armada Trak Perlombongan EV Tanpa Pemandu Terbesar Dunia

oleh Qalif Latif|
China terus membuktikan keunggulannya dalam teknologi automasi industri apabila pada Khamis lalu, satu armada trak perlombongan elektrik tanpa pemandu terbesar dunia dilancarkan di Inner Mongolia.
PERODUA MREC Banner Campaign May 2025

Sebanyak 100 buah trak autonomi sepenuhnya kini beroperasi di lombong terbuka Yimin, dalam wilayah Hulunbuir, menjadikan China negara pertama yang mengendali armada sebesar ini tanpa kehadiran pemandu manusia mahupun kabin pemandu.

EV Mining Truck

Setiap trak ini dikuasakan oleh bateri lithium iron phosphate 564 kilowatt-jam (kWh) yang mampu mengangkut sehingga 90 tan metrik barangan dalam satu perjalanan sejauh 60 kilometer.

Apa yang membezakan trak-trak ini daripada jentera perlombongan biasa ialah:

  • Tiada kabin pemandu direka khas untuk operasi tanpa manusia sepenuhnya.
  • Dilengkapi dengan sistem pemanduan autonomi, AI, dan rangkaian 5G-Advanced yang membolehkan operasi lebih cekap dan selamat.
  • Mampu beroperasi dalam suhu ekstrem serendah -40°C, menjadikannya ideal untuk kawasan perlombongan di China Utara.
     

EV Mining Truck

Pelancaran ini turut melibatkan kerjasama teknologi dengan syarikat gergasi seperti Huawei, yang membekalkan sistem komunikasi 5G dan pemprosesan data masa nyata bagi menyokong operasi trak-trak ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Model ini dijual pada harga bermula 708,000 yuan (~RM464,000) untuk varian asas, manakala versi…
Berita Global
Maextro akan ditawarkan dengan dua pilihan trenkuasa: elektrik sepenuhnya (BEV) dan versi jarak…
Berita Global
Tren Rekaan & Teknologi Terkini Stelato S9 Wagon menampilkan garis bumbung yang mengalir,…