China lancar prototaip kereta api Maglev terpantas di dunia

oleh SALINA JALIL|
China mendedahkan negara itu melancarkan prototaip kereta api Maglev paling pantas yang pertama dunia di bandar Chengdu, 13 Januari lalu. Kereta api Maglev ini didakwa akan mencapai kelajuan sehingga 620 km/j , menurut Southwest Jiaotong University, salah satu pereka kereta api tersebut.



Ujian pengendalian kereta api juga dilakukan pada hari sama.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Kereta api itu dibangunkan dengan teknologi superkonduktor suhu tinggi (HTS) Maglev.

 

Pergerakan kereta api Maglev di landasan juga menjimatkan tenaga elektrik kerana menumpukan kepada tenaga magnet yang kuat.

 

Projek prototaip pengangkutan canggih itu dibangunkan oleh Southwest Jiaotong University, China Railway Group Limited and CRRC Corporation Limited.

 

Pendedahan prototaip kereta api Maglev prototaip itu menandakan satu lagi kejayaan pembinaan kereta api berkelajuan tinggi di China.

 

Video pendedahan tersebut di bawah ini:

 

 

Astro Awani