China perketat peraturan bateri EV untuk kurangkan risiko kebakaran dan letupan

oleh Penyumbang Rencana|
foto hiasan
China akan memperketat peraturan terhadap kenderaan berkuasa bateri apabila negara itu mewajibkan pengeluar automotif mematuhi piawaian keselamatan bateri yang lebih ketat mulai Julai 2026.

Langkah itu diambil bagi mengurangkan risiko kebakaran dan letupan dalam sektor kenderaan elektrik ( EV).

Menurut laporan dari Reuters, Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat (MIIT) sudah mengeluarkan satu set standard teknikal baharu untuk bateri yang digunakan dalam EV dan hibrid plug-in.

Peraturan baharu itu menetapkan ujian mandatori yang lebih ketat, termasuk keperluan agar pengeluar memastikan bateri tidak terbakar atau meletup dalam tempoh masa tertentu semasa ujian, sekali gus mengurangkan risiko kepada pemandu, penumpang dan harta di sekeliling akibat fenomena 'thermal runaway', punca paling lazim kebakaran bateri.

Standard berkenaan dilaporkan telah diluluskan oleh pihak berkuasa pada Mac lalu namun hanya diumumkan secara terbuka pada minggu ini. 

Ia menggantikan versi sebelumnya yang diperkenalkan pada 2020 yang hanya mensyaratkan amaran lima minit sekiranya bateri EV berisiko terbakar.

Peraturan baharu ini turut memperkenalkan ujian tambahan membabitkan kesan pelanggaran dan ketahanan terhadap pengecasan pantas.

Jualan EV dan hibrid plug-in secara kolektif dikenali sebagai kenderaan tenaga baharu (NEV) telah mengatasi jualan kenderaan petrol secara berselang-seli sejak tahun lalu di China. 

Berita Berkenaan

Informasi
Katanya, rujukan berkenaan muncul akibat salah faham terhadap maksud sebenar ketika penyediaan awal…
Informasi
Pada 14 November 2025, Jabatan Standard Malaysia (JSM) telah melancarkan Malaysian Standard MS 2818…
Informasi
Perbezaan stesen Charging vs Swap Bateri Penjimatan masa dan penjagaan bateri menjadi punca…