China rampas takhta Jepun sebagai pengeksport kereta terkemuka dunia 2023

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Persatuan Pengilang Automobil Jepun (JAMA) mendedahkan data terbaharu yang menunjukkan China berjaya memintas Jepun sebagai pengeksport kenderaan terbesar dunia tahun lalu.

Data JAMA menunjukkan Jepun mengeksport 4.42 juta kenderaan pada 2023, berbanding 4.91 juta kenderaan yang dieksport oleh China seperti yang dilaporkan Persatuan Pengilang Automobil China bulan ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sektor automotif China berkembang pesat dalam beberapa tahun kebelakangan ini terutamanya disebabkan oleh pelaburan besar-besaran dalam kenderaan elektrik (EV).

Biro Kastam China meletakkan jumlah itu lebih tinggi kepada 5.22 juta - peningkatan besar tahun ke tahun iaitu sebanyak 57 peratus, satu pertiga daripadanya merupakan kenderaan elektrik.

Dalam pada itu, pembuat kereta Jepun termasuk Toyota disahkan sebagai syarikat terbesar di dunia dengan jualan unit selain menghasilkan sejumlah besar kenderaan di negara lain.

Pada 2022, pengeluaran kenderaan di Jepun tidak termasuk motosikal berjumlah 7.84 juta unit, tetapi pengeluaran di luar negara hampir 17 juta unit.

Daripada model elektrik sepenuhnya, pengeluar Jepun sudah lama bertaruh pada hibrid yang menggabungkan kuasa bateri dan enjin pembakaran dalaman, perintis dengan Toyota Prius.

Pembuat kereta Jepun turut berikrar untuk meningkatkan produk mereka dengan Toyota menyasarkan untuk menjual 1.5 juta EV setiap tahun menjelang 2026 dan 3.5 juta menjelang 2030.

Syarikat China BYD pada bulan Januari telah merampas takhta Tesla dengan jualan kenderaan elektrik, setelah memanfaatkan sokongan padu kerajaan China untuk sektor yang sedang berkembang pesat.

Kejayaan China dalam kenderaan elektrik juga telah menyebabkan firma mereka berada dalam keadaan 'panas' apabila pasaran Barat menuduh mereka melakukan amalan anti-persaingan dengan memberikan lambakan harga yang murah.

Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen mengumumkan pada September lalu bahawa siasatan ke atas subsidi yang ditawarkan untuk pembelian kereta elektrik dari China.

Siasatan itu menyebabkan Kesatuan Eropah mengenakan duti ke atas kereta yang dipercayai dijual secara tidak adil pada harga yang lebih rendah, sekali gus mengurangkan pesaing dari Eropah.

"Ia seperti mengingatkan apa yang berlaku kepada Jepun pada 1980-an, apabila mereka mula mengeksport dengan skala yang besar jenama dari negara tersebut ," kata Christopher Richter, seorang penganalisis auto di CLSA.

"Jadi Jepun menyelesaikannya dengan memulakan (membina) banyak kilang di luar negara... Mereka membina di luar negara empat kali lebih banyak daripada apa yang mereka eksport," kata Richter pada Oktober.

 

AFP

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Andi Farid Izdihar dari Indonesia yang mewakili Honda Asia-Dream Racing meraih tempat kedua dengan…
Berita Global
Kuantiti kenderaan elektrik (EV) buatan China semakin meningkat apabila pembuat kereta dan pengedar…
Berita Global
Ia kerana insentif dan stesen pengecasan yang meluas telah mempengaruhi lebih ramai pelanggan,…