
Dalam kenyataannya, Horner menggambarkan perjalanan hampir dua dekad bersama Red Bull sebagai suatu penghormatan besar:
“Leading Red Bull Racing has been an honour and privilege. When we started in 2005, none of us could have imagined the journey ahead – the championships, the races, the people, the memories. I’m incredibly proud of what we achieved as a team breaking records and reaching heights no-one would ever believe were possible and I will forever carry that with me.”
Beliau menambah, pencapaian paling memuaskan baginya ialah membina sebuah pasukan yang luar biasa, mampu menewaskan jenama automotif gergasi dunia meskipun hanya bermula sebagai subsidiari syarikat minuman tenaga. Horner turut mengucapkan selamat maju jaya kepada Laurent Mekies, Max Verstappen, Yuki Tsunoda serta keseluruhan Red Bull Technology Group, selain menzahirkan keterujaan menantikan kemunculan enjin Red Bull-Ford pertama pada musim 2026 dan hypercar RB17.

CEO Red Bull bagi Projek Korporat dan Pelaburan, Oliver Mintzlaff, turut memberikan penghargaan besar terhadap sumbangan Horner:
“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Christian atas kerja luar biasanya sepanjang 20 tahun. Dengan komitmen tanpa henti, pengalaman, kepakaran dan pemikiran inovatif, beliau telah menjadi tunjang dalam menjadikan Red Bull Racing sebagai salah satu pasukan paling berjaya dan menarik dalam Formula 1.”
Penyelesaian yang dicapai ini membuka ruang untuk Horner meneroka peluang baharu dalam F1, berkemungkinan menjelang musim 2026. Nama beliau pernah dikaitkan dengan pengambilalihan pasukan Alpine, namun khabar itu ditolak oleh CEO baharu Renault, Francois Provost. CEO Cadillac F1, Dan Towriss, juga menafikan sebarang penglibatan Horner dengan pasukan mereka.
Dengan berakhirnya era Horner di Red Bull, F1 kini memasuki fasa baharu, sementara dunia sukan permotoran terus menunggu langkah seterusnya daripada salah satu pengurus paling berpengaruh dalam sejarah moden Formula 1.
Sumber: Motorsport