'Cikgu Offroad', rakan terima sumbangan tiga motosikal Aveta Ranger Max Explorer

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Sinar Harian
Guru Sekolah Kebangsaan Balar, Gua Musang, Kelantan yang dikenali sebagai Cikgu Ben Zaid bersama dua lagi rakan pengajar menerima hadiah tiga motosikal lasak jenis Aveta Ranger Max Explorer selepas kisah mereka yang berkhidmat di kawasan pedalaman itu mendapat perhatian ramai.

Pengarah urusan syarikat motosikal berkenaan, Steven Lim berkata, pemberian motosikal bertujuan membantu ‘Cikgu Offroad’ meneruskan usaha mendidik pelajar di perkampungan Orang Asli.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurutnya, tiga guru muda itu menempuh perjalanan sejauh 60 kilometer (km) mengharungi laluan balak, berbukit serta hutan belantara.

“Pengembaraan jalan lasak memang mencabar, malah beberapa motosikal dengan keupayaan serba boleh sahaja yang mampu mengharungi perjalanan sedemikian.

“Ketabahan dan usaha murni guru-guru ini untuk mendidik anak Orang Asli benar-benar memberi inspirasi, menyentuh hati dan mendorong kami untuk menghulurkan bantuan.

“Oleh itu, tiga unit motosikal dengan waranti dua tahun ini kami lengkapkan khusus untuk menempuh permukaan lasak bagi meringankan beban Cikgu Ben dan pasukannya, membolehkan mereka memberi lebih tumpuan kepada misi pendidikan masing-masing,” katanya dalam kenyataan sempena majlis penyerahan di Mutiara Damansara, Selangor pada Rabu.

Sebelum ini, kisah Cikgu Ben tular apabila beliau sering merakamkan video perjalanan berulang-alik ke perkampungan Orang Asli di Pos Balar dan mendapat perhatian warganet sehinggakan ramai yang menghubungi syarikat berkenaan untuk berkongsi cerita serta pengorbanan guru terbabit.

Sementara itu, Cikgu Ben memaklumkan, dirinya terhutang budi dan berterima kasih kepada pengikut media sosial yang sentiasa memberi sokongan.

“Mendidik anak-anak murid di Pos Balar adalah tanggungjawab istimewa yang sanggup saya terima, tidak dinafikan ada pelbagai cabaran dihadapi sepanjang perjalanan.

“Bagaimanapun, pendidikan penting bagi membolehkan semua rakyat tidak kira di pelosok daerah mana turut serta dalam kemajuan dan kemakmuran negara, inilah yang membakar semangat saya untuk sahut cabaran ini.

“Semestinya sumbangan ini akan membantu memenuhi tanggungjawab kami sebagai tenaga pengajar,” ujarnya.

- Terima kasih cikgu dan syarikat Aveta, mungkin lepas ni dapat sumbangan trak pikap pula -

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Ia dikuasakan oleh nadi silinder tunggal 127 cc SOHC empat lejang dengan sistem penyejukan udara,…