CIMB mohon hentikan sistem RFID PLUS

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Nampaknya CIMB Group berang dengan tindakan PLUS untuk memulakan sistem pungutan tol RFID mereka sendiri.

Siang tadi, CIMB Group Holdings Bhd dan anak syarikatnya, CIMB SI 1 Sdn Bhd memfailkan permohonan timbang tara terhadap Plus Malaysia Berhad (PLUS) untuk menghentikan pelaksanaan sistem RFID oleh syarikat konsesi lebuhraya itu sendiri.

Menurut maklumat yang diberikan kepada Bursa Malaysia, CIMB, CIMB SI 1 dan PLUS telah pun memeterai perjanjian usahasama pada 12 Mei 1998 berkaitan Touch 'N Go Sdn Bhd (TnG) di mana pemegang sahamnya ialah CIMB, MTD Equity dan PLUS.

CIMB berkata tindakan PLUS memperkenalkan sistem RFID mereka sendiri sudah melanggar syarat perjanjian usahasama itu.

Ini ialah kerana TnG sudahpun memperkenalkan sistem RFID mereka sebulan lalu.

PLUS telah memperkenalkan sistem pungutan tol RFID mereka sendiri pada 15 Disember lalu. 

Buat permulaan, ia sedang menjalani ujian perintis di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang, Plaza Tol Kubang Semang dan Lunas di Lebuh Raya Butterworth-Kulim (BKE) dan Plaza Tol Jitra di Kedah.

 

 

TnG pula telah memulakan ujian perintis RFID mereka lebih sebulan lalu dan ia membabitkan plaza-plaza tol di dalam Lembah Kelang, kecuali Lebuhraya Utara Selatan di bawah PLUS.

Sistem RFID TnG menggunakan e-dompet (e-wallet) Touch 'N Go yang juga mempunyai pelbagai fungsi lain.

Sistem RFID PLUS pula disambungkan kepada kad debit atau kad kredit pengguna dengan melakukan jumlah tol ditolak terus dari akaun bank.

PLUS masih tidak mengumumkan tarikh pelancaran sistem RFID mereka kepada umum.

Berita Berkenaan

Informasi
smart #1 adalah model pertama yang dijual oleh PRO-NET dan dibina di atas Seni Bina Elektrik…
Berita Domestik
Aprilia merupakan model motosikal yang ketiga dibawah kategori automotif yang bersama dengan…
Hezeri Samsuri
Saya capai telefon, dan hubungi kawan-kawan di dalam industri tersebut. Semua mengeluh kerana "…