Ciri utama Toyota Yaris Cross, SUV baharu segmen kompak (Ini atau Raize?)

oleh Muhammad Md Tajudin|
Toyota Yaris Cross Prototype
Toyota Yaris Cross Prototype
Pada 23 April 2020, Toyota memperkenalkan Yaris Cross secara dalam talian yang sepatutnya dipertontonkan pada Pameran Kenderaan Geneva ke-90 yang dibatalkan.

Yaris Cross berada di dalam segmen SUV kompak dan dibina dari platform GA-B yang sebelum itu digunakan untuk hatchback kompak Yaris pasaran Eropah.

Kenapa gunakan nama Yaris untuk sebuah SUV baharu? Kenapa tidak kerana Yaris merupakan nama besar dan model penting buat Toyota.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Toyota Yaris Cross and Yaris

 

Untuk rekod, Yaris pertama kali diperkenalkan pada 1999 dan sehingga Mac 2020 telah terjual sekitar 8.71 juta unit di peringkat antarabangsa.

Toyota juga pantas membuat kerja, Yaris Cross diperkenalkan hanya beberapa bulan selepas Yaris hatchback dilancarkan pada Oktober 2019.

Berikut ialah tiga fakta utama tentang Toyota Yaris Cross:

 

1. Ukuran lebih besar dari Yaris

 

Toyota Yaris Cross Prototype

 

  • Walaupun menggunakan platform hatchback Yaris, SUV ini (pasaran Jepun) mempunyai ukuran lebih besar iaitu 4,180 mm panjang, 1,765 mm lebar dan 1,590 mm tinggi.
  • Yaris pasaran Jepun mempunyai ukuran 3,940 mm panjang, 1,695 mm lebar dan 1,500 mm - 1,515 mm tinggi.
  • Ruang but belakang ialah 390 liter dan boleh memuatkan dua bagasi saiz 110 liter tanpa menurunkan kerusi.
  • Kerusi belakang dengan pemisahan 4:2:4.

 

2. Dua jenis enjin, tiga silinder dan hibrid

 

Toyota Yaris Cross Prototype

 

  • 1.5 liter tiga silinder Dynamic Force dengan transmisi Direct Shift-CVT atau enam kelajuan manual.
  • Berkuasa 120 ps pada 6,600 rpm dan tork 145 Nm dari 4,800 rpm hingga 5,200 rpm.
  • 1.5 liter tiga silinder Dynamic Force dengan THS II (TOYOTA Hybrid System II).
  • Berkuasa 91 ps pada 5,500 rpm dan 116 ps (gabungan sistem). Tork 120 Nm dari 3,800 rpm hingga 4,800 rpm.
  • Pacuan 2WD, 4WD (Jepun) dan E-Four (hibrid sahaja).

 

3. Reka Bentuk

 

Toyota Yaris Cross Prototype

 

  • Direka dengan kerjasama studio Toyota di Eropah dan Jepun.
  • Luaran dengan identiti sendiri yang rugged berbanding menyamai Yaris hatchback.
  • Dalaman pula hampir menyamai Yaris hatchback dengan skrin sesentuh mendominasi papan pemuka dan stereng yang berkongsi. 
  • Roda saiz 16 inci dan 18 inci mengikut varian (Jepun).

Selain fakta di atas, Toyota kini mempunyai banyak SUV dan adakah ia bertindan sesama sendiri?

Secara asasnya, SUV Toyota dalam lingkungan sama ialah C-HR, Raize dan Yaris Cross.

Walaupun nampak seperti saling menyamai, ketiga-tiga model itu berbeza. Dari segi turutan ialah Raize, Yaris Cross dan C-HR.

Tambahan pula, Raize dan Yaris Cross mempunyai pasaran berbeza dengan SUV baharu itu ditumpukan ke pasaran Eropah selain Jepun.

 

Toyota Yaris Cross Prototype

 

Dari segi pengeluaran, Yaris Cross dipasang di dua lokasi iaitu Toyota Motor Manufacturing France untuk pasaran Eropah dan Toyota Motor East Japan Co., Ltd. bagi pasaran Jepun.

Bagaimana pula dengan pasaran tempatan? Belum ada makluman mengenainya selain ura-ura SUV baharu dari Perodua.

Penulis: Muhammad Md Tajudin / Kredit foto: Toyota

Berita Berkenaan

Berita Global
  Dari segi sejarah, Hilux pertama kali ditampilkan pada Mac 1968 sebagai sebuah pikap baharu…
Berita Global
Mazda CX-9     CX-9 tampil dengan gayaan sporti, bumbung landai ke belakang, lengkungan roda (…
Informasi
Mazda R360     Dengan ukuran tidak sampai tiga meter, Mazda R360 Coupe boleh memuatkan empat…