Citizen lancar jam tangan bertemakan Nissan Fairlady Z - harga dari RM10,445

oleh Mohamad Hanif|
Nissan Z (atau nama rasmi di Jepun Fairlady Z) telah pun dilancarkan di pasaran Jepun dengan konfigurasi stereng di sebelah kanan, dan harga jualan bermula dari 6,966,300 yen (RM256,515).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Harga yang agak munasabah untuk sebuah kereta sports pacuan roda belakang konvensional yang masih lagi belum dicemari oleh elemen EV.

Namun, untuk golongan kebanyakan, harga tersebut masih lagi di luar kemampuan, dan usah risau kerana Nissan mempunyai sebuah lagi produk 'Fairlady Z' yang boleh dipakai hari-hari.
 

Eco Drive


Terdapat dua versi yang boleh dipilih, iaitu Citizen Eco-Drive AT8185-89E (warna Ikazuchi Yellow) dan Eco-Drive AT8185-97E (warna Seiran Blue).

Jam berwarna kuning itu merupakan rujukan kepada warna Z Proto Concept, sementara muka dial pula mempunyai rekaan yang menyamai permukaan tempat duduk Z.

Sementara jam biru pula diinspirasikan daripada warna sebenar yang digunakan pada model produksi Z, dengan kemasan dial kusam yang direka untuk menyerupai permukaan aspal lebuh raya yang licin.
 

X


Rekaan dial jam pula menampilkan jarum saat berwarna merah yang menyerupai jarum takometer.

Bahagian sisi menempatkan crown berlogokan Z yang sebenar (dan logo asal Z tahun 1969), sementara bahagian penutup belakang pula menampilkan logo moden Nissan.

Kedua-dua jam tangan ini didatangkan dengan sistem pergerakan Cal.H804 cronograph kuarza berkuasa solar dengan simpanan kuasa selama 10 bulan, serta teknologi atom Eco-Drive yang akan melaraskan zon masa tempatan berdasarkan isyarat yang diperoleh daripada jam atom.
 

XZ


Harga jualan untuk sebuah jam Citizen Nissan Fairlady Z ini bermula dari $2,495 (RM10,445) dengan unit penghasilan dihadkan sebanyak 1,700 unit untuk satu dunia.

Tempahan kini sudah pun dibuka, di mana proses penghantaran jam tangan edisi terhad ini akan dibuat bermula 14 Mac 2022.

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Casio pada asalnya mengeluarkan Casiotron pada tahun 1974, mencipta kejayaan dengan jam tangan…
Gaya Hidup
Pembeli boleh beli apa jua koleksi jam tangan Luminox yang berada di pasaran dan berpeluang…
Gaya Hidup
Casio Edifice ECB-2200HTR ini membawakan semangat Honda Type R menerusi pemilihan warna, bahan dan…