Citroën Ami - kereta mikro EV yang sangat-sangat-sangat comel!

oleh Mohamad Hanif|
Citroën baru-baru ini memperlihatkan secara rasmi model kereta mikro Ami berkuasa elektrik sepenuhnya yang boleh dipandu tanpa memerlukan lesen memandu.

Aneh? Tidak sebenarnya kerana Citroën Ami memiliki dimensi yang lebih kecil daripada Smart EQ Fortwo, iaitu 2.41 meter panjang, 1.39 meter lebar dan 1.52 meter tinggi. 
 


Apatah lagi ia memiliki berat sekitar 485 kilogram sahaja termasuklah pek bateri yang berkapasiti 5.5 kWh menjadikan Citroën Ami layak diklasifikasikan sebagai quadrisikal ringan - sama seperti Renault Twizy yang boleh dipandu tanpa memerlukan lesen memandu. 

Dari segi luaran, kereta mikro comel ini didatangkan dengan set lampu utama berlapis, rekaan pintu yang tidak seimbang serta hiasan di pintu seakan sebuah slot USB-C yang sangat besar. 
 


Pek bateri tersebut mampu menjana kuasa sehingga 8 hp dengan jarak operasi sejauh 70 kilometer untuk sekali cas penuh, manakala masa pengecasan pula boleh memakan masa sehingga 3 jam menggunakan soket konvensional 220V. 

Untuk menarik perhatian terutama golongan muda, Citroën Ami ditawarkan beberapa opsyen seperti warna yang sangat cerah, hiasan pada bahagian luar kereta, serta terdapat pemegang peranti pintar terbina di atas papan pemuka. 
 


Terdapat beberapa cara untuk anda menggunakan atau memiliki Citroën Ami seperti:

  • pembelian tunai - €6,000 (RM27,698)
  • sewa jangka panjang (48 bulan) - serendah €19.99 (RM92.28)
  • perkhidmatan kongsi kenderaan (Free2Move) - serendah €0.26 (RM1.20 per minit) atau langganan bulanan €9.90 (RM45.70).

Citroën akan mula membuka tempahan pada 30 Mac di Perancis terlebih dahulu diikuti oleh Sepanyol, Itali, Belgium, Portugal dan juga Jerman. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kini, lebih banyak perincian didedahkan secara rasmi bagi mereka yang mahukan sebuah kuadirisikal…
Berita Global
Untuk mereka yang inginkan kelainan, terdapat versi buggy off-road yang dinamakan sebagai My Ami…
Berita Global
Ia diklasifikasikan di bawah segmen kuadrisikal, bermakna Ark Zero bakal memberikan saingan rapat…