Citroen DS 5 kini dilancarkan di Malaysia

oleh DIANA ISMADI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Naza Euro Motors kini telah melancarkan model DS 5 diatas jenama Citroen. Ia ditawarkan pada harga  RM198,888 (harga atas jalan beserta insuran) bersama waranti lima tahun atau 120,000 km (yang mana terdahulu).

 

DS 5 dilengkapi dengan bingkai gril hexagon krom serba baharu, bersama logo DS di bahagian tengah. Bahagian hadapan juga masih mengekalkan ciri aerodinamik dengan DS Wings dan lampu LED serta lampu nyalaan siang LED.

 

Dengan gaya ‘avant-grade’, DS 5 ditampilkan dengan lampu LED hadapan dan belakang, spoiler belakang, rim aloi 18 inci dan paip ekzos berkembar.

 

DS 5 dikuasakan oleh enjin 1.6L turbo yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 163hp pada 6,000rpm dan tork 240Nm. Ia turut dipadankan dengan transmisi automatik enam kelajuan.

 

Dari segi penggunaan bahan api pula adalah 1 liter bagi setiap 5.9 km dengan pelepasan karbon dioksida pada sekitar 135g/km.

 

Bahagian kabin pula menampilkan rekaan aerospace ala-ala pesawat. Ia turut datang dengan skrin dengan teknologi New Mirror Screen.

 

Selain itu, ia turut diberikan enam pembesar suara Denon Hi-Fi beserta subwoofer di bahagian belakang.

 

Bagi ciri keselamatan, DS 5 datang dengan enam beg udara, Program Kestabilan Elektronik (ESP), ABS dan EBD, Bantuan Brek Kecemasan (EBA), dan Kawalan Kestabilan Dinamik (DSC).

 

Terdapat lima pilihan warna iaitu Artense Grey, Noir Perla Nera, Bleu Encre, Pearl White and Whisper Purple.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Harga baharu tersebut akan berkuatkuasa bermula 1 Jun 2018 tertakluk kepada pengumuman baharu…