Citroen My Ami Cargo - sesuai untuk penghantaran barang jarak dekat

oleh Mohamad Hanif|
Setelah setahun diperkenalkan, Citroen kini menambah 'varian' baharu bagi kereta mikro Ami yang digelar sebagai My Ami Cargo.

My Ami Cargo merupakan sebuah kereta mikro yang dibina khusus untuk tujuan penghantaran barangan jarak dekat di kawasan urban, di mana ia menampilkan ruangan barangan khas yang terletak disebelah pemandu.

 


Disebabkan itu, tiada tempat duduk untuk penumpang, sebaliknya digantikan dengan ruang yang mampu memuatkan sehingga 260 liter dengan had berat 140 kg.

Ruang tersebut boleh ditutup rapat dengan rak modular yang mampu menahan beban seberat 40 kg, dan bahagian tersebut boleh digunakan sebagai meja kerja, serta ruang tambahan untuk menempatkan dokumen sebesar A4 atau tablet.

 

 


Tidak cukup dengan itu, terdapat juga ruang storan belakang dan rekaan lantai yang boleh diubah supaya mampu memuatkan barangan sepanjang 1.2 meter.

Secara keseluruhan, My Ami Cargo berupaya memuatkan barangan sebesar 400 liter di dalam satu pakej kereta mikro yang sangat comel ini.

 


Dari segi kuasa, My Ami Cargo didatangkan dengan motor elektrik 8 kuasa kuda, dan pek bateri 5.5 kWh yang membenarkan jarak operasi sejauh 75 km dengan kelajuan maksimum 45 km/j.

Citroen juga turut menawarkan pelbagai jenis kustomisasi liveri luaran yang bersesuaian dengan perniagaan pelanggan, serta warna yang spesifik untuk barisan fleet kenderaan yang ditempah.

 


Harga jualan untuk My Ami Cargo bermula dari €6,490 (RM32,244) di pasaran Perancis, atau opsyen pajakan dengan harga serendah €24.18 (RM120) sebulan dengan bayaran deposit €2,508.43 (RM12,512).

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mereka semua telah disambut oleh Ketua Pegawai Operasi bagi ASEAN, Daniel Gonzalez dan Pengarah…
Berita Domestik
Ia merupakan sebahagian daripada peralihan Stellantis untuk menjadikan Stellantis Malaysia sebagai…
Berita Domestik
Untuk pasaran Malaysia, kumpulan itu sekarang diwakili oleh Peugeot sahaja dan bulan November lalu…