Namun, bagaimana pula jika sesebuah tayar itu boleh bergerak seumpama bebola jejak dalam tetikus zaman 90-an?
Itulah yang cuba dihasilkan oleh Goodyear menerusi model konsep Citroen Urban Collectif dengan kerjasama pengeluar automotif Perancis Citroen, Accor dan juga JCDecaux.
Sukar untuk kita gelarkan projek ini sebagai sebuah kereta, memandangkan Citroen lebih gemar menyifatkannya sebagai sebuah konsep mobiliti yang inovatif dengan rekaan pod yang boleh digantikan dengan mudah bergantung kepada keperluan, seperti hotel bergerak, pod fitness, atau perabot jalanan.
Konsep ini dibangunkan atas pelantar papan selaju Citroen Skate, dan direka untuk memuatkan trenkuasa elektrik serta ciri bantuan pemanduan autonomi tahap kelima (SAE Level 5).
Sementara keempat-empat sudut menggunakan tayar Goodyear Eagle 360 yang dihasilkan khusus untuk model konsep ini, menampilkan motor elektrik kecil yang memberikan kebebasan pergerakan sehingga 360 darjah.
Malah, pencipta konsep ini turut membandingkannya dengan pergerakan tetikus komputer zaman awal 80-an dan 90-an dengan mekanisme bebola jejak.
Menurut Citroen, konsep ini mampu beroperasi secara kendiri, termasuklah mengecas bateri ketika diperlukan.
Untuk keselamatan semua orang terutama pejalan kaki, model konsep ini mampu bergerak selaju 25 km/j, dan direka untuk beroperasi di kawasan berkelajuan rendah.
Selain daripada konsep yang disebutkan tadi, Citroen menyebut pihak ketiga boleh membangunkan apa jua konsep pod yang boleh diaplikasikan pada teknologi papan selaju Skate, termasuklah pod pengangkutan, perkhidmatan penghantaran barang, serta kiosk penjualan barang mudah alih.